Laman Utama
“Ya Sebagai Isteri Mesti Taat Pada Suami Tapi...”- Lisa Surihani
Pelakon Lisa Surihani akui seorang isteri mesti taat pada suami tetapi pasangan perlu berbincang mengikut budi bicara.
Lisa mengutarakan pendapat itu apabila mengulas mengenai satu babak lakonannya dan Farid Kamil dalam drama bersiri Pelindung Seorang Puteri.
“Ya memang sebagai isteri kita mesti taat pada suami. Tapi komunikasi, bincang, budi bicara tu penting.
“Isteri juga ada hak dalam perkahwinan. Nasib baik Epul faham dan bagi Rose kerja. Selamat... jap.. Selamat kan?,” katanya.
Lisa beekongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Lisa memuat naik sedutan babak dari drama tersebut.
Pelindung Seorang Puteri yang merupakan Megadrama baru ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Pun begitu, Farid bersyukur kerana dia mendapat tunjuk ajar dari pengarahnya, Yusry Abdul Hali dan penerbitnya, Datuk Rosyam Noor tentang wataknya.
“Bula diberikan contoh oleh Yusry dan Rosyam mengenai bagaimana hendak membawa karakter itu secara tak langsung ia memudahkan saya.
“Yusry pula memang betul-betul pegang watak Saiful ini dengan teliti,” katanya lagi.
Drama 16 episod itu turut menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Sharnaaz Ahmad, PU Riz , Zain Ruffedge, Jasmine Suraya dan ramai lagi.
Drama Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.
Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.
Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Saksikannya dalam drama Pelindung Seorang Puteri.