Yaana Lee Bakal Sambut Bayi Perempuan Ketiga, Dedah Impi Mahu Anak Lelaki – “Awal-Awal Sedih Juga Sebab…”
Khairil Khusyairi
19/10/2024 13:20 MYT
19/10/2024 13:20 MYT
Usahawan terkenal, Nur Liyana atau lebih dikenali sebagai Yaana Lee mencuri perhataian apabila berkongsi jantina anak ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi.
Bakal Timang Anak Perempuan Ketiga
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Yaana dan suami mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata perempuan yang ketiga.
Kongsi Yaana lagi, dia pernah berdoa untuk dikurniakan anak lelaki ketika mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun.
Kongsi Yaana lagi, dia pernah berdoa untuk dikurniakan anak lelaki ketika mengerjakan ibadah umrah pada awal tahun.
“Januari haritu masa pegi Umrah mintak nak anak laki, Mac tahu pregnant tapi Allah nak bagi gegirl jugak kali ni.
“Takpe lah, kita accept je sebab plan Allah lagi hebat dari plan kita ka,” kongsinya.
Sedih Impi Anak Lelaki
Tambah Yaana lagi, dia mengakui sedih kerana mengimpikan anak lelaki namun menerima perancangan Allah itu dengan baik.
“Awal-awal sedih juga sebab memang sesiapa pun impikan anak lelaki kan. Tapi bila ada yang share pasal 1 hadis ni ;
“’Sesiapa yang memiliki 3 anak perempuan dan kamu bersabar dengan mereka, dan kamu membesarkan mereka menggunakan harta kamu, maka mereka (3 anak perempuan) akan menjadi penghalang kepada kamu (ibu ayah) dari api neraka kelak,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut menngucapkan tahniah dan mendoakan urusan bersalin Yaana dipermudahkan.
Terdahulu, Yaana pernah tular apabila mendakwa suaminya yang juga usahawan sering mengikuti wanita-wanita seksi di media sosial.
Malah, usahawan wanita itu turut mendedahkan dia juga tidak mengikuti akaun IG suaminya selama empat tahun gara-gara perbuatan suaminya itu.