Hiburan
Yahaira Dijangkiti Influenza A, Lisa Surihani Mohon Doa Anaknya Cepat Sembuh
Pelakon Lisa Surihani memohon peminat mendoakan kesembuhan anak sulungnya, Yahaira Leanne yang disahkan positif Influenza A.
Menurut Lisa, Yahaira kini masih lagi menjalani rawatan.
Isteri kepada penyanyi Yusry KRU ini memberitahu perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya hari ini.
Ibu kepada dua orang anak itu juga memuat naik video Yahaira yang semakin aktif selepas menjalani rawatan.
“Pada mereka yang bertanya, Yahaira di diagnosis dengan Influenza A dan masih menerima rawatan.
“Alhamdulillah, dia semakin baik, InshaAllah. Tolong doakan moga Yahaira dan semua yang admit masuk dalam hospital cepat sembuh ya,” tulisnya.
Foto: Instagram @lisasurihani
Must-Watch Video