Hiburan

Yahaira Hanya Boleh Jadi Duta Produk Bersama Saya- Lisa Surihani

gempak
Syafiqah Jalal
21/02/2017
13:13 MYT
Sponsor Banner
Yahaira Hanya Boleh Jadi Duta Produk Bersama Saya- Lisa Surihani
Pelakon Lisa Surihani akui belum bersedia untuk melepaskan anaknya, Yahaira Leanne untuk terlibat sendirian dalam mana-mana tawaran berlakon komersil atau duta tanpa penglibatannya bersama.
Lisa berkata anaknya masih kecil dan tanggungjawab mencari rezeki adalah ibu bapa.
"Yahaira ada terlibat dalam iklan komersil dan duta produk tetapi semuanya melibatkan saya bersama.
"Namun semua tawaran itu saya ambil selepas berbincang dengan Yusry supaya ia tidak menggangu rutin atau jadual harian Yahaira.
"Kalau tawaran itu melibatkan Yahaira sahaja saya belum terfikir lagi kerana dia masih terlau kecil. Setakat ini Yahaira hanya boleh jadi duta produk bersama saya sahaja.
"Biarlah, kami sebagai ibu bapa sahaja bekerja dan menyaranya dan jika kami ada duit lebih pun kami akan simpan ke dalam simpanannya," katanya kepada Astro Gempak.
Lisa ditemui selepas majlis perlantikannya sebagai duta Unicef di Bangsar, tadi.
Terbaru Yahaira yang kini berusia setahun lima bulan itu terlibat sebagai duta untuk koleksi terbaru pereka fesyen Jovian Mandagie sejak minggu lalu.
Bercerita mengenai pengalaman Yahaira menjalani penggambaran sebagai duta produk tersebut, Lisa memberitahu terkejut melihat anaknya beraksi dengan baik di hadapan kamera.
"Terus-terang saya tak sangka, Yahaira seornok beraksi di hadapan kemera ketika penggambaran.
"Malah dia memberikan kerjasama baik sepanjang sesi fotografi dijalankan," katanya lagi.
Teks oleh Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live