,
Hiburan

Yahya Sinwar Terbunuh Akibat Tembakan Di Kepala

Awani
19/10/2024
04:55 MYT
Pemimpin Hamas, Yahya Sinwar maut akibat "kecederaan otak traumatik yang teruk" selepas ditembak di kepala, menurut ahli patologi di Israel yang menjalankan autopsi ke atasnya.
Dr Chen Kugel dari Pusat Perubatan Forensik Kebangsaan di Tel Aviv berkata, beliau menemui kecederaan "daripada sumber lain" pada Yahya termasuk kecederaan pada lengan kanan akibat "tembakan peluru berpandu," kaki kiri yang cedera akibat "binaan runtuh," dan kecederaan serpihan pada tubuhnya.

"Mereka menyebabkan kerosakan yang teruk, tetapi punca kematian adalah luka tembakan di kepala," katanya kepada CNN.

Tentera Israel sebelum ini berkata, pemimpin Hamas itu terbunuh apabila bangunan tempat beliau bersembunyi di Rafah diserang dengan "tembakan kereta kebal."
Rejim Zionis juga menegaskan, mereka berbalas tembakan sebelum bangunan itu disasarkan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Liam Payne Maut Lepas 48 Jam ‘Ditinggal’ Kekasih, Cakap: “Ini Hari Yang Indah…”

gempak
17/10/2024
13:25 MYT
Kematian bekas anggota One Direction, Liam Payne dilaporkan jatuh daripada balkoni sebuah hotel di Argentina masih mengejutkan peminat.
Berita

Kopi Mati Ditembak: Tindakan Penguatkuasa Diambil Ikut Prosedur Lapangan

gempak
14/10/2024
10:25 MYT
Majlis Daerah Besut (MDB) telah mengambil tindakan mengikut prosedur lapangan ke atas seekor anjing liar bernama 'Kopi' yang tular di media sosial sejak minggu lalu. Exco Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, dakwaan bahawa anjing tersebut dibiarkan setelah ia mati adalah tidak benar
Viral

Pemandu Wanita Rempuh Tiga Pelajar UiTM Dungun Hingga Maut Dipercayai Tidak Siuman

gempak
10/10/2024
01:20 MYT
Pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.
Berita

Imam Maut Kemalangan Selepas Lawat Isteri Bersalin Di Hospital

gempak
09/10/2024
05:25 MYT
Seorang Imam masjid maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 211.8, Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Sitiawan pada Selasa.
Terkini

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

gempak
06/10/2024
05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
BorakSeeni