,
Laman Utama

Yakin Hebat Menyanyi & Menari, Wani Kayrie Cuba Lari Dari Genre Lagu Balada - "Ramai Yang Boleh Menyanyi, Tapi..."

Asraf Aided
24/11/2021
12:11 MYT
Penyanyi yang semakin meningkat naik, Wani Kayrie memilih genre pop sebagai hala tuju muzik dalam kerjayanya.
Menurut Wani, dia boleh menyanyi dan menari untuk satu jangka masa yang agak panjang.
"Saya nak tetapkan genre untuk 'Wani Kayrie', sekarang memilih genre pop untuk lagu saya.
"Saya berbuat demikian kerana saya tahu saya boleh menyanyi dan menari untuk jangka masa yang panjang," katanya.
Wani berkata demikian dalam sesi virtual bersama media sempena pelancaran single terbarunya di bawah Rocketfuel Entertainment berjudul Jangan Terpelas Pandang pada Isnin.
Mengulas lanjut, Wani mahu lari dari lagu-lagu balada kerana merasakan genre itu boleh dibawa oleh kebanyakan penyanyi.
"Sebab itu saya lari dari genre balada, kalau lagu balada, ramai yang boleh menyanyi," jelasnya.
Bercakap mengenai pendorong utama dalam kerjaya seni yang sudah lebih sedekad, Wani akui ibunya, Mama Kay memainkan peranan yang sangat penting.
"Ibu saya iaitu Mama Kay merupakan pendorong utama dalam kerjaya seni saya.
"Saya kagum dengan semangat mama sebagai seorang wanita yang cekal, terlalu banyak pengorbanan yang mama lakukan demi kerjaya saya," katanya lagi.
Single Jangan Terlepas Pandang boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi kesemua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer.
Video lirik rasmi single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
Hiburan

Lagu Diam Hael Husaini Menang Anugerah Best Theme Song Or Title Theme (Malaysia) Di Asian Academy Creative Awards 2024

gempak
01/10/2024
04:04 MYT
Lagu berjudul Diam yang menjadi runut bunyi utama (OST) bagi drama popular My Famous Ex-Boyfriend, telah berjaya meraih anugerah ‘Best Theme Song or Title Theme (Malaysia)’ di Asian Academy Creative Awards 2024.
Hiburan

"Sendu? Tak Boleh Pukul Rata Semua Selebriti... Kami Pun Perlu Berehat" - Suki Low

gempak
19/08/2024
08:55 MYT
Penyanyi Suki Low tampil memberi respon terhadap dakwaan dirinya semakin kurang popular (sendu).
Hiburan

Wani Kayrie Enggan Terburu-Buru, Keluarga Tak Galak Kahwin Muda - “Saya Banyak Komitmen, Kadang-Kadang Sabar Itu Lebih Indah”

gempak
29/07/2024
07:55 MYT
Penyanyi, Wani Kayrie, 24, akui tidak mahu terburu-buru memikirkan soal perkahwinan atau menamatkan zaman bujang.
Hiburan

Blockout 2024: Wani Kayrie Nasihat - “Kita Ada Hak Untuk Marah Tapi Jangan Sampai Menghina & Mencaci”

gempak
16/05/2024
06:55 MYT
Susulan isu gerakan Blockout 2024, penyanyi Wani Kayrie menasihatkan agar semua pihak menjaga tutur kata dalam memberikan sebarang komen.
BorakSeeni