Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Yana Najib Balik Pekan, Rindu Perjuangan Ayah - "Daddy Beritahu Kalau Berniat ..."

Shahrin Zulkifle
07/11/2022 00:00 MYT
Anak kepada bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak, Nooryana Najwa mengakui rindu untuk melihat ayahnya bertanding di Pilihan Raya Umum (PRU).

Menerusi hantaran di Instagram, Yana kembali teringat perjuangan ayahnya itu ketika dia pulang ke rumah mereka di Pekan, Pahang iaitu kawasan Parlimen yang pernah dipegang Najib suatu ketika dahulu.

“Baru sampai di Pekan, rindu...

“Daddy (Najib) selalu beritahu Yana, kalau berniat untuk membantu orang lain sebagai pemimpin, mesti ada rintanganya.

“Semoga daddy mengharungi rintangannya dengan tabah,” kongsinya ringkas pada kapsyen.

Dalam pada itu, Yana turut berkongsi gambar lama ayah bersama anak lelakinya berada meja makan yang disunting bersama sebuah lagi gambar terkini di meja yang sama tetapi dalam keaadan kosong.

Perkongsian tersebut seakan menunjukkan Yana benar-benar merindui untuk melihat wajah ayahnya itu dihadapan mata.

A post shared by yananajib (@yananajib)

Terdahulu, Najib Razak telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Perseketuan kerana didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.

BACA: Najib Diperintah Jalani Hukuman Penjara 12 Tahun, Denda RM210 Juta

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Najib Razak #Anak Najib Razak #Yana Najwa
;