Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Yana Samasudin Dikejarkan Ke Hospital Selepas 2 Hari Demam, Mohon Maaf Terpaksa Tangguh Kerja

Syafiqah Jalal 02/03/2023 | 02:26 MYT
Pelakon Yana Samsudin dikejarkan ke hospital selepas dua hari demam.

Berita itu disampaikan sendiri oleh suaminya Fadzil Zahari menerusi akaun Instagram peribadi miliknya.

"Assalamualaikum… saya @fadzilzahari nak maklum yang Yana warded malam ni, badannya lemah selepas dua hari demam teruk..

"Belum dapat keputusan doktor lagi.. kalau influenza mungkin kena kuarantin empat hingga lima hari.

"Harap hangpa dapat doakan kesembuhan Yana insyaAllah…," maklumnya.

Menerusi kemas kini yang sama dia memuat naik gambar Yana terbaring di atas katil hospital.

Dalam masa yang sama Fadzil sempat memohon maaf kepada pihak yang terlibat kerana isterinya tidak dapat meneruskan kerja dan komitmennya buat masa sekarang.

"Kami nak mohon maaf buat semua yang ada bersangkutan kerja terpaksa postpone atau kemungkinan tak dapat hadir serta beberapa shooting, dubbing dan meeting..," beritahunya.

Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut mendoakan agar Yana segera sembuh dan dapat sihat seperti sedia kala.

#Sakit #Yana Samsudin #hospital #Demam #maaf
;