Hiburan
Yana Samsudin Ada 'Lesen Besar' Beli Makanan Di Siang Hari Bulan Ramadan, Semuanya Demi...
Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin mendedahkan dia mempunyai 'lesen besar' untuk membeli makanan di siang hari pada bulan Ramadan.
Semuanya demi Aisy Mateen, anak lelaki Yana yang kini telah berusia tiga tahun.
Yana menceritakan pengalamannya menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram.
"Tahu tak perasaan jam jam gini kalau kita kat luar tetiba anak minta air! Hahaha! Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.
"Ingat lagi first time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak. Kahkah," tulisnya.
Tambah Yana, lama kelamaan, dia sudah terbiasa membeli makanan kerana menurutnya, jika dia segan untuk membeli, maka anaknya yang akan kelaparan.
"Agaknya kisah ke si pengambil order tu? Hahaha. Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan. Kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pula sembunyi-sembunyi kan?
"So kesimpulannya. Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan. Sayang dia. Kira ada lesen besarlah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha.
"Korang pulak macam mana? Ada tak orang usha pelik je bila beli makanan siang hari bulan puasa? Korang jangan ngada-ngada kirim makanan kat Yana pulak ea.. Mentang-mentang Yana ada lesen besar... Hahaaha," tulis Yana.
Rata-rata peminat yang mempunyai anak turut sama berkongsi pengalaman di ruangan komen Yana.
Yana mendirikan rumah tangga dengan suaminya, pelakon Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan dengan kehadiran Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.
Must-Watch Video