Yana Samsudin Kongsi Pengalaman Cemas Anak Hampir Kena Sawan

Kamaruddin Razal
Jun 14, 2019 11:25 MYT
Pelakon dan pengacara Yana Samsudin berkongsi kejadian cemas apabila anaknya, Aisy Mateen hampir terkena sawan.
Ketika kejadian itu berlaku, Yana dan suami, pelakon dan pengarah Fadzil Zahari sedang berada di luar atas urusan kerja.
Pelakon filem Wawa Semput itu menceritakan apa yang berlaku menerusi dua buah entri di laman Instagram miliknya.
"Sebenarnya kami ulang alik dari Hospital Batu Pahat ke Johor Bahru.
Kelmarin Rabu pagi Jam 3.30 pagi, tengah kami masih lagi gigih nak habiskan meeting kat Johor Bahru dapat satu panggilan dari rumah Yong Peng.
"Memang rare kalau dapat panggilan pagi pagi sipie ni. Mesti ada kecemasan. Rupanya betul, Mateen demam panas sangat sampai macam kena sawan.
"Mak kata badan dia keras kaku. Kami masa tu terus minta diaorang cari klinik 24 jam sementara kitorang nak gerak dari JB.. Tapikan Yong Peng kan pekan kecik tak ada klinik 24 jam. Nasib baik Klinik Kesihatan Yong Peng dekat juga.
"Kami sampai sana pukul 5 pagi. Masa sampai tu Mateen dah diberi ubat punggung. Doktor pun nasihatkan kami untuk terus bawa Mateen ke Hospital Pantai Batu Pahat. Sampai je Hospital, Mateen warded." katanya.
Yana juga menasihatkan pengikut laman Instagramnya agar tidak bertangguh jika mereka mengalami situasi yang sama.
"Kalau terkena juga sawan terus ke hospital, jangan tangguh lagi. Bahaya! Karang tak bernafas biru dak tu Allahuakbar sedihnya kalau berlaku!
"Tu lah, apa yang berlaku kat kami kelmarin kami sangat sangat panik. Walaupun anak sedara kami pernah mengalami pengalaman anaknya kena Fit banyak kali.
"Kami tak rasai saat kecemasaan tu kami cuma dengar je apa yang perlu di lakukan. Dan bayangkan masa kejadian kelmarin tu kami tak ada di sisi Mateen," kata Yana lagi.
Yana mendirikan rumah tangga dengan Fadzil pada 13 April 2015 dan mereka menerima kehadiran Mateen pada 21 Julai 2016.
#Yana Samsudin