Penerbit Filem, Datuk Ayu Puteh memuji pelakon Lana Nodin yang menjaga ibadahnya meskipun berkahwin dengan lelaki bukan Melayu.

Menurut Ayu, ada juga wanita yang berkahwin dengan lelaki Melayu tetapi tidak dididik sempurna oleh suami.

"Datuk, minta maaf ya, Lana nak wuduk boleh? Masya-Allah...yang ada laki Melayu pun tak tahu nak didik isteri, isteri pandai-pandailah bawa diri.

"Ini, isteri 'look' Mat Salleh sebab laki dia Mat Salleh Amerika, tapi Subhanallah bukan saya gayat atau nak judge, fakta kan?" tulis Ayu menerusi Instagram.

Dalam pada itu, Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh menegaskan beliau berkongsi perkara itu hanya untuk menzahirkan kebahagiaan hatinya yang bangga melihat Lana.

"Cuma nak kongsi rasa hati ini bangga bahagia, semoga Lana dilindungi dan disayang Allah," tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Ayu meninggalkan respon positif. Ramai juga memegang prinsip bahawa seseorang itu tidak boleh dinilai daripada luarannya semata-mata.

A post shared by Datuk Normashayu Puteh (@ayuputeh)