Hiburan

“Yang Ampa Ni Ahli Syurga Sangat, Tak Suka Tok Sah Lah Follow Kami Faham!”- Almy Nadia Kena Kecam Tanpa Sebab

gempak
Mya Amri
17/05/2020
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Yang Ampa Ni Ahli Syurga Sangat, Tak Suka Tok Sah Lah Follow Kami Faham!”- Almy Nadia Kena Kecam Tanpa Sebab
Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kesal dengan sikap nak netizen yang sentiasa mencari kesalahan orang lain.
Almy meluahkan isi hatinya menerusi posting di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Menurut Almy, lebih sekiranya mereka tidak mengikuti perkembangan diri dan keluarganya jika tujuan mereka hanya untuk memberikan kecaman dan komen-komen negatif. “Lama pendam perasaan tapi hari ini kami tak boleh tahan terpaksa luah bagi hampa semua baca bagi habis. Saja lah habaq mai.
“Sapa-sapa yang dok rasa tak suka kami, tok sah la nak follow kami,faham!!
“Lepas tu hampa masuk dalam IG kami, hampa dok komen kat kami serupa hampa penghuni syurga, agak-agak hampa rasa gelak kami ka, muka kami ka, apa sahaja yang melibatkan kami yang membuatkan hampa cemuih?
“Baik hampa tok sah dok nak like, tok sah hampa nak tambah dosa di bulan posa ni faham, lama betoi kami dok perati hampa tau.
“Lama betoi kami dok bagi muka kat hampa yang dok mai masuk IG kami lepas tu hampa dok komen serupa hampa ni good good pulak.
“Lama kami tahan tapi hari ini tak tahan hampa. Takpa kami saja la nak luah agar hati kami lega sikit, yang hampa ni ahli syurga sangat toksah mai IG kami tau.
“Kami tak ada elok lagu mana hampa mau tau, kami jadi diri kami saja. Kami takmau bila nak boh gambaq atau video ka kami kena dok jadi orang lain.
“Kami tak suka lagu tu sebab kami rasa ini IG kami, jadi kami tak buleh jadi orang lain, serba tak kena pulak kami kat mata hampa hampa yang bajet good good ni.
“Maaf buat sapa-sapa yang dok kena block ngan kami, habaq awai-awai sebab apa kami block sebab kami takmau cari dosa nak baca komen tak elok dan nanti syaitonnn nirogim dok hasut kamu balaihh laa komen tu balaih laa, dr kami nak cari dosa baik kami block.
“Dan akhir kata bulan bulan posa ni jangan cari dosa, bukan setakat bulan posa ja, bulan-bulan lain pun sama toksah cari dosa naaa.
“Laki kami selalu pesan, toksah dok baca, jangan dok reply, depa tak betoi hg pun nak jadi tak betoi?Depa meroyan sawan hg pun nak ikut sama?
“Jadi hg jangan dok nak layan, jadi kami pun malaih layan tapi ni terpaksa la tulis supaya hampa faham,” tulisnya.
Assalammualaikum selamat pagi salam jumaat.. lama pendam perasaan,tapi harini kami takleh tahan,terpaksa luah,, bagi hampa semua baca bagi habis.. rajinkan baca .. saja la habaq mai.. sapa2 yg dok rasa tak suka kami,tok sah la nak follow kami,faham!! Lps tu hampa masuk dlm ig kami,hampa dok komen kat kami serupa hampa penghuni syurga,agak2 hampa rasa gelak kami ka,muka kami ka,apa sj yg melibatkan kami yg membuatkan hampa cemuih?baik hampa tok sah dok nak like,tok sah hampa nak tambah dosa di bulan posa ni faham,, lama betoi kami dok perati hampa tau,, lama betoi kami dok bg muka kat hampa yg dok mai masuk ig kami lps tu hampa dok komen serupa hampa ni good good pulak.. lama kami tahan,tapi harini tak tahan hampa.. takpa takpaa kami sj la nak luah agar hati kami lega sikit,,yg hampa ni ahli syurga sgt toksah mai ig kami tau.. kami tak ada elok lagu mana hampa mau tau,, kami jadi diri kami saja..kami takmau bila nak boh gambaq atau video ka kami kena dok jadi org lain,kami tak suka lagu tu,sbb kami rasa ini ig kami.. jadi kami tak buleh jadi org lain,, serba tak kena pulak kami kat mata hampa hampa2 yg bajet good good ni., nahh panjang lebAq kami tulis sj kami mau hampa baca qhatam qhadam sampai dlm ulu hati bernam tulang rusuk hitam hijau hampa tau.. maaf buat sapa2 yg dok kena block ngan kami,, habaq awai2 sbb apa kami block sbb kami takmau cari dosa nak baca komen tak elok dan nnt syaitonnn nirogim dok hasut kamu balaihh laa komen tu balaih laa,dr kami nak cari dosa baik kami block,, dan akhir kata bulan bulan posa ni jgn cari dosa,bukan setakat bulan posa ja,bulan2 lain pun sama toksah cari dosa naaa,,laki kami selalu pesan,toksah dok baca,jgn dok reply,depa tak betoi hg pun nak jadi tak betoi?depa meroyan sawan hg pun nak ikut sama?jd hg jgn dok nak layan,jd kami pun malaih layan.. tp ni terpaksa la tulis supaya hampa faham... terima kasih semua sbb sudi baca ,dan pandai jugak hampa baca sampai habis nooo... baru hebat... hasil nukilan dr insan kerdil,, mohon maaf pd semua,,
A post shared by ALMY NADIA ?? (@almynadiaofficial) on
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, pengikutnya juga bersetuju dengan kapsyen yang ditulis Almy.
“MasyaAllah depa dengki tu tengok adik murah rezeki. Biasalah manusia memang macam tu tak boleh tengok orang lebih sikit. Sabar dik,” komen @nur_sarifah
“Depa dengki la tu kak. Saya suka je tengok akak. Sebuk je depa tu. Bukan pakai duit depa pun nak buat apa-apa. Sabaq kak biaq pi la depa tu,” tulis @norlisa_ramli Terdahulu, Almy dan Fizs Fairuz mendirikan rumah tangga pada 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live