Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Shiha Zikir membuka peluang kepada peniaga online mempromosikan produk mereka secara percuma menerusi Instagram (IG) Story miliknya.

Menurut Shiha, dia sendiri akan mempromosikan produk peniaga yang telah memberi butiran kepadanya tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Shiha memaklumkan perkara itu menerusi ruangan IG Story miliknya.

"Yang berniaga online, sila DM Shiha detail beserta gambar atau tag Shiha di IG Story awak.

"Shiha tolong promosikan di IG story Shiha okay? Free of charge," tulis penyanyi lagu Pipiyama ini.

Dalam pada itu, Shiha turut berdoa agar urusan perniagaan orang ramai berjalan dengan lancar.

"Moga perniagaan berjalan lancar dan tolong jaga kebersihan, stay safe," tulisnya lagi.



Selain Shiha, pelawak Man Raja Lawak juga telah menawarkan pertolongan yang sama kepada peniaga online tempatan untuk membantu mereka ketika berhadapan krisis COVID-19.

BACA : "Cover Duit Harian Buat Keluarga..." - Man Raja Lawak Tawar Promosi Percuma Di Instagram