Berita
“Yang Biasa-Biasa Tayanglah”- Gara-Gara Beli Kereta Tempatan, Amar Baharin Dituduh Tunjuk ‘Humble’
Pelakon Amar Baharin bersyukur kerana akhirnya dia berjaya memiliki sebuah kereta idaman dari jenama tempatan.
Amar memuat naik fotonya bersama jurujual di hadapan kereta yang dibeli ke akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah berkat usaha dan doa, restu ibu ayah, sokongan dari isteri dan keluarga, bantuan dari pihak bank dan jurujual yang berpengalaman, akhirnya saya berjaya memiliki sebuah kereta idaman ramai.
“Betul-betul berBezza tahun 2020 ni hehe,” tulisnya.
Namun, entri tersebut telah disalah sangka oleh seorang netizen yang menuduh seolah-olah dia sengaja hendak menunjukkan kesederhanaan diri dengan hanya membeli kereta tempatan.
“Yang mewah tak tayang lagi, yang biasa-biasa tayanglah,” tulis salah satu komen netizen.
Komen tersebut mendapat perhatian Amar untuk membalasnya.
“Ehhh? Sakit ke? Pergi jumpa doctor ya...” balasnya.
Malah peminatnya yang lain juga tidak bersetuju dengan netizen tersebut dan turut membalas komennya.
“Biarlah dia , bukan guna duit awak pun, jealous lah tu.
“Padu balas komen tu, biarlah dia lah abang.
“Amar nak tolong promote abang tu sama, naikkan jualan,” komen pengikutnya yantg menyokong.
Amar menikahi pelakon Amyra Rosli pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun tiga bulan dan anak perempyan Ayra Aryssa yang baru dilahirkan pada 1 Februari lalu.