Laman Utama
"Yang Cina Pilih Vaksin Dari China, Melayu Takut Vaksin Sebab Tak Halal, Ada Babi" - Michael Ang
Pengarah drama bersiri Love Elsa tampil menempelak segelintir golongan yang memilih-milih jenama vaksin seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Kata Michael, tegurannya lebih menjurus kepada sikap orang ramai dan bukan menjurus ke arah sentimen rasis.
"Lagi tentang vaksin di Malaysia. Yang bangsa Cina nak pilih vaksin dari China sahaja sebab Cina untuk Cina mah so baru ngam dan selamat. Yang bangsa Melayu takut vaksin sebab ada orang cakap tak halal dan ada babi.
"Ada aku lepok semua yang nak pilih pilih ni! Sedarlah diri sikit! Sakit pula hati tengok perangai semua orang ni. Kita nak cepatkan vaksin satu Malaysia tapi banyak songeh pulak!," tulisnya.
Isu itu menjadi perhatiannya menerusi perkongsian perbualan dari kalangan keluarganya selain bacaan dari blog semasa tentang antivaksin.
Dalam pada itu, Michael turut menyelar seorang pelajar perubatan yang difahamkan enggan menerima vaksin yang bukan daripada jenama pilihannya.
"Sakit hati pula baca kes ni. Orang beratur aje nak cucuk vaksin kalu nak pilih vaksin kau, lepas tu kau nak tanya mana hak kau?
"Untuk seorang yang belajar bersungguh-sungguh untuk jadi seorang good doktor, tetapi tak nak ambil vaksin dan nak pilih brand vaksin apa nak cucuk! All I can say damn you are dumb and dumber!" tulis Michael.
Must-Watch Video