Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

"Yang Degil, Moga Ada Akta…”- Mahu Lockdown Kali Ini Berjaya, Ini Pesan Erra Fazira Buat Semua & Kerajaan

Syafiqah Jalal 04/06/2021 | 14:20 MYT

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira berharap Pergerakan Sekatan Penuh atau ‘total lockdown’ yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan kini berjaya menghentikan penularan wabak Covid-19.

Erra berharap kerajaan dan rakyat sama-sama bekerjasama membendung wabak tersebut tanpa menuding jari kepada sesiapa.

“Harap semua orang amalkan lockdown sehabis baik.. Moga kali ini beroleh kejayaan buat Malaysia dan selepas lockdown pulak.. kita wajib terus amalkan kendiri! Kalau tidak.. pusing pusing benda yang sama..

“Kepada kerajaan.. moga lebih aktif dan efficient dalam menyelenggara vaksin untuk rakyat.. dan terima kasih in advance kerana memikirkan cara-cara untuk bantu rakyat di saat kritikal ini.

“Kepada segelintir rakyat.. hentikan menunding jari.. kita jaga kita! Menunding dan menyalahkan tidak membantu untuk kita menjadi manusia positif yang menyumbang kearah kebaikkan,” katanya.

Erra berkongsi pendapatnya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama anaknya Engku Alisya.

Pesan Erra lagi, rakyat juga perlu memainkan peranan suapaya Malaysia bebas dari wabak tersebut.

“Yang dok degil.. moga ada akta baru untuk mereka salurkan tenaga dan semangat degil mereka dalam aktiviti dan tugasan kemasyarakatan..
“Yang belum register, tolong lah register dan hadirkan diri untuk vaksin please.. kita nak Malaysia capai herd immunity.. .
“Andai tidak mengerti, tolonglah bertanya kepada yang arif dan bertauliah.. Kita sangat-sangat perlu pulihkan Malaysia mental dan fizikal!! (If u know what i mean.. ),” pesannya lagi.

A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

#Erra Fazira #Kerajaan #Rakyat #Lockdown #PKP #akta
;