Hiburan
"Yang Didera Itu Saya, Bukan Dia” - Ibu Nelissa Nizam
Ibu kepada pelakon Nelissa Nizam iaitu Ayu Manaf menafikan pendedahan pendedahan yang dilakukan oleh aktres tersebut mengenai kisah remajanya yang dikatakan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Tidak pernah di dera
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ayu Manaf menegaskan bahawa perkara tersebut tidak pernah berlaku, sebaliknya dia yang menjadi mangsa keganasan dosmetik itu.
“Kenyataan yang mengatakan dia didera sejak umur 6 tahun itu memang tidak benar langsung. Tak ada sebarang kes penderaan yang berlaku sampailah dia dewasa. Sebenarnya yang didera itu saya, dipukul dan disepak terajang. Sebagai anak memang dia trauma melihat ibu diperlakukan seperti itu,” ujarnya.
Selain itu Ayu turut mendedahkan hubungannya dengan anak-anak juga renggang selepas dia mendirikan rumah tangga semula.
Malah, turut mendakwa anak-anak sudah tidak mempedulikan dirinya selepas dia berkahwin dan tidak lagi bekerja.
“Hubungan saya dan anak-anak tidak berapa baik tetapi saya tidak tahu apa puncanya. Mungkin disebabkan saya kahwin baru jadi anak-anak tak suka dan mereka tak pedulikan saya. Saya sendiri terfikir kenapa anak-anak saya macam ini? Apa salah saya? Mungkin sejak saya sakit, saya tak bekerja dan susah.
“Kalau ada salah saya beritahu, kenapa membuatkan anak-anak menjauhi saya. Kita ini sebagai ibu sudah tentu mahu anak-anak ada bersama,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nelissa Nizam Sedih The Gadys Dikecam Teruk! -"Saya Terasa Jugalah Orang Kata Macam-Macam, Tapi ..."
BERITA TRENDING: #GempakWrapped2024: Han So Hee Didakwa Penyondol, Kematian Mengejut Song Jae Rim & Comeback G-Dragon Antara Terhangat Korea
BERITA TRENDING: #GempakWrapped2024: Skandal Jenayah P.Diddy, Kemunculan Semula Celine Dion, Kematian Liam Payne Antara Kejutan Besar Dari Hollywood
Dalam pada itu, ibu empat anak itu akui dia agak terkilan apabila anak-anak juga tidak datang melawat semasa dia dimasukkan ke hospital.
“Bila hubungan dah jadi begitu, anak-anak sudah senang sekarang mereka biarkan mak begitu sahaja. Saya agak ralat juga.
“Semua ibu sayang anak-anaknya. Kita ini sanggup buat apa sahaja untuk anak. Kita tak minta balasan tetapi berharap satu hari nanti kita boleh harapkan anak-anak kita.
“Saya ini sudah seperti mengemis, mengemis kasih sayang dan kesenangan. Saya masuk hospital setidaknya anak-anak tanya khabar sebab kita sakit,” tambahnya.
Pada akhir temubual, Ayu turut berkongsi momen sewaktu kali terakhir berhubung bersama Nelissa yang difahamkan telah memberikan respons yang kurang baik sewaktu dihubungi.
“Kali terakhir saya bercakap dengan dia memang sangat menyedihkan. Ayat-ayat dia saya takkan lupa. ‘Don’t treat me like a banker’. Dengan siapa lagi kalau kita susah nak minta tolong kalau bukan dengan anak-anak. Tak mengap saya tak marah, cuma mama doakan satu hari nanti korang akan ada suami dan anak-anak, korang akan tahulah kehidupan ini macam mana,” ujarnya lagi.
Sumber: Melodi
Must-Watch Video