,
Berita

Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia Di IJN

Awani
10/05/2024
07:45 MYT
Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, 69 tahun dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada jam 11.46 pagi tadi.
Menurut kenyataan Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara, beliau terlebih dahulu menerima rawatan di IJN setibanya di Malaysia pada 6 Mei daripada Azerbaijan.
Beliau yang melakukan lawatan kerja di negara itu bermula 29 April lepas, pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.
Mendiang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan.
“Keluarga mendiang Mutang mengucapkan ribuan terima kasih atas kiriman takziah serta doa yang diberikan dan menghargai ruang masa yang diberikan kepada mereka di dalam menghadapi masa yang sukar ini,’’ jelas kenyataan itu.
Tambahnya, maklumat lanjut berkenaan pengebumian dan majlis penghormatan beliau akan dimaklumkan kemudian
Mendiang dipilih menjadi Speaker Dewan Negara ke-20 dan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada 19 Feb lalu.
Pelantikan Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas, Sarawak menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik memegang jawatan itu.
Mendiang pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Mas, Sarawak, dari 1982 hingga 1990.
Mutang mempunyai latar belakang pendidikan dan praktis di dalam bidang perundangan.
Pemergian beliau meninggalkan isteri Datin Ho May Leng dan tiga orang anak.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kehilangan Besar Buat Peminat One Direction, Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Liam Payne

gempak
17/10/2024
01:30 MYT
Payne dipercayai terjatuh dari tingkat tiga balkoni hotelnya di Buenos Aires, Argentina.
Hiburan

Liam Payne Meninggal Dunia, Terjatuh Dari Tingkat 3 Hotel

gempak
16/10/2024
23:59 MYT
Bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.
Berita

Editor Video Astro AWANI Meninggal Dunia Kemalangan

gempak
14/10/2024
06:45 MYT
Astro AWANI kehilangan seorang kakitangan yang dedikasi, Ahmad Hafiz Azhar Nordin yang meninggal dunia, pada awal pagi ini.
Hollywood

Tiada Lagi Profesor McGonagall… Bintang Harry Potter, Maggie Smith Pergi Buat Selamanya

gempak
27/09/2024
18:55 MYT
Aktres veteran, Dame Maggie Smith yang terkenal dengan watak Profesor Minerva McGonagall dalam filem bersiri terkemuka, Harry Potter meninggal dunia pada Jumaat.
Hiburan

Noh Salleh Dedah Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan Isteri 7 Bulan Lepas - "Kami Namakan Anak Kami Julian"

gempak
22/09/2024
10:55 MYT
Penyanyi Noh Salleh berkongsi berita duka apabila cahaya matanya bersama isteri, Fatin Athirah Mustapa meninggal dunia tujuh bulan lalu.
BorakSeeni