Indonesia dan Malaysia adalah dua negara jiran yang mempunyai persamaan dalam banyak aspek. Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak ciri khas, termasuk kerangka acuan standard dalam sejarah, budaya dan agama. Walaupun kedua-dua negara adalah negara yang terpisah dan bebas, ianya tidak terbatas untuk projek Yang Enak dari sebuah band Indonesia - The Sil & Erika.
Terbitan single Yang Enak ini merupakan sebuah projek khas kerjasama terbitan pengkarya muzik dari Malaysiadan Indonesia.
Masing-masing terlibat dalam komposisi lagu ini. Single ini dicipta lagu dan lirik sepenuhnya oleh mereka iaitu Raja Faizal (Pencipta lagu di bawah Emthree Publishing di Malaysia dan bernaung di bawah Luncai Emas ) & Ell Rock (Anggota kumpulan The SIL) selaku produser untuk single ini dengan tujuan
memperkayakan variasi muzik dari THE SIL tanpa merubah identiti band tersebut.
Raja Faizal menyatakan lagu ini punyai idea dan mesej tersendiri . Ideanya kerana melihat setiap perkara yang haram adalah seronok dibuat seperti judi , minum arak, maksiat dan seumpamanya. Namun perkara sebegitu adalah sementara . Yang Enak jelas mendatangkan mudarat .
THE SIL adalah sebuah band Rock Alternatif Indonesia yang berasal dari Jakarta yang dianggotai oleh ELL ROCK sebagai pemain gitar utama dan Sablem sebagai pemain gitar bass. Kedua-dua mereka juga adalah vokalis utama The SIL.
THE SIL yang pada awalnya merupakan sebuah one-man project sehinggalah pada akhirnya bergabung dengan anggota baru yang terdiri daripada ELL ROCK (Guitar, Vocal), Sablem (Bass, Vocal) dan Shella (Drum) secara rasmi pada tarikh 08.08.2018. Dengan terkumpulnya lagu-lagu ciptaan ELL ROCK dan SABLEM sepanjang perjalanan karyanya, maka THE SIL telah dikolaborasikan pada tahun 2018.
Idea terbentuknya THE SIL adalah kerana mereka tidak ingin dikenali hanya sebagai seorang pemuzik solo lantas bercita-cita ingin membina nama sebagai sebuah band muzik bagi memperjuangkan idea-idea kreatif muzik mereka kepada para peminat muzik di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia khususnya.
Nama THE SIL sendiri telah dipilih oleh ELL ROCK sebagai nama rasmi band ini. Seterusnya pada bulan Ogos 2018 juga, THE SIL telah melancarkan sebuah album perdananya yang telah diedarkan secara Independent dan dipublishkan oleh MUSICBLAST.ID dengan hits single mereka iaitu Aku Bosan (2018) & Terimalah Cintaku (2018).
THE SIL sudah menghasilkan beberapa single-single baru pada tahun 2019 dan 2020 secara dalam talian dan kini pada tahun 2021 hadir kembali dengansingle terbaru iaitu Yang Enak feat. Erika (vokalis jemputan).
Kini band THE SIL lebih gemar memiliki konsep berkolaborasi dengan vokalis jemputan namun tetap mengekalkan anggota band tetap yang ada.
Luncai Emas bertindak sebagai label yang mengedarkan secara jualan digital bagi single ini. Tanggal 15 Oktober video klip rasmi Yang Enak telah dilancarkan di youtube Luncai Emas dan telah mencapai tontonan sebanyak 11ribu untuk tempoh sehari .
Dapatkan single Yang Enak ini dan nikmatinya di pelbagai portal digital antaranya di Youtube, iTunes, Spotify, Deezer, Joox, dan layaran portal muzik streaming yang lain.
Semoga hasil kerjasama dari dua negara ini mendapat perhatian dan sambutan yang baik dari kalangan peminat , para media di seluruh Malaysia dan Indonesia.
Maliah Surip
Fri Dec 03 2021
Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!