Laman Utama

“Yang Hadap Ini Bukan Awak, Tak Perlu Samakan Dengan Mak Nenek Kita Dulu”- Anita Baharom Minta Jangan Bezakan Cara Bersalin

gempak
Mya Amri
02/06/2021
06:46 MYT
Sponsor Banner
“Yang Hadap Ini Bukan Awak, Tak Perlu Samakan Dengan Mak Nenek Kita Dulu”- Anita Baharom Minta Jangan Bezakan Cara Bersalin
Pelakon Anita Baharom meminta supaya jangan membandingkan proses bersalin pada setiap ibu.
Menerusi akaun Instagramnya, Anita berkongsi video pendek seorang doktor menjawab persoalan berkaitan dengan bersalin secara pembedahan yang mana kerap dipandang serong oleh sesetengah pihak.
Menurut Anita, dia bersetuju dengan penerangan doktor tersebut kerana situasi bersalin yang dilalui setiap ibu adalah berbeza-beza.
“Saya setuju dengan awak doktor! Puas saya dengaq awak beletiaq. Saya bersalin tiga orang anak saya ceaser. Bukan suka-suka nak ceaser. Dah la mahal, pantang pun lama, nak jalan pun susah dan sakit.
“Lepas ceaser ambil masa dekat dua tahun kalau nak lompat-lompat bersenam, Itu pun tak selesa. Empat tahun baru betul-betul ok.
“Ada orang kata, ala doc suruh ceaser sebab nak duit la tu. Mahal sikit bayar dekat hospital dia sebab tu suruh bedah.\
“Apo! Tahu tak macam mana kita punya masalah masa nak normal tak boleh dah la overdue lepas itu tak ada tanda-tanda baby nak keluar. Kepala baby makin membesar, induce tak buka-buka.
“Yang hadap ni diri ini bukan awak. Awak dengan cara lain. Ya betul doc jangan nak sama kan kita dengan mak kita nenek kita dulu. Mak saya pun bersalin kat dalam rumah. Dia pun cerita betapa susahnya nak melahirkan masa tu.
“Itu dulu… Zaman sekarang bila ada komplikasi, cepat-cepat tukar dari normal kepada ceaser untuk selamatkan ibu dan anak, dengan izin Allah Insya-Allah. Yes, inject spine lagi, sakit tau inject tu.
“Paling seram masa dia potong perut. Bau macam kena panggang perut ni, tengah ketaq menggigil, sejuk, bau pulak dah. Boleh tahu ye doc sedang memotong perut kite wak!” tulisnya.
Tambah Anita lagi, walau apa pun proses bersalin, seorang ibu tetap akan bertarung nyawa demi anak dalam kandungan.
“Bersalin secara normal ka, ceaser ka, epidural ka semua bertarung nyawa. Sakit sama ja cuma cara lain lain. Tak payah la kita nak beza-bezakan cara beranak.
“Syukur Alhamdulillah Allah berikan rezeki zuriat. Alhamdulillah kita selamat melahirkan tanggungjawab nak pikul nak mendidik anak-anak itu lebih penting,” coretnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live