Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Yang Jenis Tak Faham Bahasa… Tolonglah Ikut” – Rakyat Sedih Lihat PM Sebak Bacakan Doa Untuk Negara

Mya Amri 26/03/2020 | 12:06 MYT
Nada sebak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu mengakhiri perutusan khasnya dengan berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan negara mencengkam hati rakyat.
Semasa meminpin bacaan doa, raut wajah beliau yang ditayangkan secara langsung di kaca televisyen semalam telah membangkitkan rasa sayu di hati rakyat.
Sedutan bacaan doa itu juga turut dikongsi oleh laman Facebook rasmi @InfoRoadblockjpjpolis.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa sedih dan berharap tidak ada lagi orang ramai yang masih degil mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan.
“Yang jenis tak faham bahasa tengok perdana menteri kau orang sampai sebak suruh kau orang duduk rumah jangan keluar. Tapi ada yang segelintir buat tak tahu je apa yang perdana menteri umumkan. Kesian dekat dia. Sanggup berdoa untuk kesejahteraan rakyatnya. Duduk lah rumah faham sikit bahasa tu,” komen Masrul Nizam.
“Beliau dua kali menahan sebak, berubah suaranya… Tolonglah Malaysian selagi kes baru meningkat, selagi tu kita belum bebas dari wabak ni. Tolonglah duduk di rumah. Kita dah rasa tak seronoknya kena berkurung. Jadi jangan dilanjutkan lagi tempoh tu. Tak lama dah umat islam nak sampai ke ramadhan. Tolonglah, #stayathome #covid19goaway #fightforcovid19,” rayu Fia Anaqi
Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini susulan kes positif COVID-19 masih berlaku.
Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Tan Sri Muhyiddin Yassin #COVID-19
;