Selebriti fesyen, Wak Doyok memuat naik sebuah entri menyindir pihak yang menyamakan bentuk kakinya dengan batang kayu.


Menerusi 'posting' tersebut, Wak Doyok berkata, kerana 'kaki kayu'nya itulah dia berada di tahap sekarang.


Entri itu juga telah menerima lebih 27,000 'likes' dan hampir 500 komen.


Rata-rata yang memberi komen, bangga dengan pencapaian Wak Doyok dan meminta agar dia mengabaikan kata-kata negatif 'haters'.

Ramai yang comment "kaki ke kayu? Ko belakon macam kayu" sebab orang cakap tu tak kenal apa itu kayu besball salah hinggap boleh benjol ke kepala baru dia tahu semua erti kekerasan kayu. Dan kaki kayu ni lah dapat naik R35,Mustang GT dan belakon kayu ni lah dapat belakon sebuah filem. Moral nya semua orang nak kaki kayu sebab dia cantik pakai seluar pon fitting nya smart pasal tu boleh keluar fashion seluar skinny fitt. Oleh itu kaki kayu ni lah boleh terus melangkah ke persada antara bangsa kaki kayu ni lah dapat anugerah fashion influencer asia. ? #TIDAK #KAKIKAYU #JanganBilangAbangTakPayung #AbangLongFadil2 #TakPanaske #AkuYangPakaikoYangPanas #KodahKenapa #WegWak #WakDoyok #LegasiWakDoyok #WDLifeStyle #WakDoyokFC #BeardedGentlemen #Sedagher #MensWear #Fashion #MensFashionReview #StreetFashion #Dapper #Ootd #MensFashionPost #TheMenClub #MenWithClass #Details #Sartorialist #Pittiuomo #Class #British #Usa

A post shared by Wak Doyok ? (@wakdoyok) on


Menerusi kemaskini tersebut, Wak Doyok memuat naik sama fotonya bersama kereta mewah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Wak Doyok bakal muncul dalam filem Abang Long Fadil 2 (ALF 2) yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 Ogos ini.


Selain Wak Doyok, ALF 2 turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Zizan Razak, Dato' AC Mizal, Shuib Sepahtu, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Achey, A. Galak dan ramai lagi.