Yang Kau Kata 'Kaki Kayu' Ni Lah Dapat Naik R35 Mustang GT- Wak Doyok

Syafiqah Jalal
Ogos 20, 2017 03:10 MYT
Selebriti fesyen, Wak Doyok memuat naik sebuah entri menyindir pihak yang menyamakan bentuk kakinya dengan batang kayu.
Menerusi 'posting' tersebut, Wak Doyok berkata, kerana 'kaki kayu'nya itulah dia berada di tahap sekarang.
Entri itu juga telah menerima lebih 27,000 'likes' dan hampir 500 komen.
Rata-rata yang memberi komen, bangga dengan pencapaian Wak Doyok dan meminta agar dia mengabaikan kata-kata negatif 'haters'.
Menerusi kemaskini tersebut, Wak Doyok memuat naik sama fotonya bersama kereta mewah tersebut.
Dalam perkembangan lain, Wak Doyok bakal muncul dalam filem Abang Long Fadil 2 (ALF 2) yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 24 Ogos ini.
Selain Wak Doyok, ALF 2 turut dibintangi pelakon-pelakon lain seperti Zizan Razak, Dato' AC Mizal, Shuib Sepahtu, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Achey, A. Galak dan ramai lagi.