Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan dia telah melakukan kesalahan dengan meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kakitangan syarikatnya.

Menurut Aliff, dia terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar selepas terdapat pekerja yang pecah amanah.

"Dalam perniagaan ni kita jangan terlalu percaya dengan kakitangan. Kesilapan saya terlalu percaya pada staff. Yang mulut manis belum tentu baik, yang kita nampak sombong belum tentu jahat.

"Hari ni saya ada mesyuarat tergempar beberapa orang pekerja saya pecah amanah," tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya semalam.



Tambah pelantun lagu Bobo Di Mana berkata dia tidak akan mendedahkan siapa gerangan individu tersebut bagi menjaga aib.

"Nak tau siapa?? Biarlah rahsia. Saya tak nak buka aib orang. Biarlah ia jadi pengajaran bagi yang ada pekerja untuk hati-hati.

"Cerita pasal orang ni tak habis sebab diri kita lagi teruk. Jadi lebih baik saya diam je dari sibuk jaja cerita orang," tulisnya lagi.