“Yang Pegang-Pegang Bila Jumpa Pun Ada” - Aiman Tino Akui Peminat Masih Gedik Dengannya
Enam bulan bergelar suami, penyanyi Aiman Tino mengakui masih ada lagi peminat yang berkelakukan ‘gedik’ ketika bertemu dengannya.
Mengganggap hal tersebut sebagai isu yang tidak serius, Aiman bagaimanapun bersyukur isterinya Syarah Haifa juga sangat memahami kerjayanya sebagai selebriti.
"Selepas saya berkahwin saya tak pasti kalau ada peminat yang dah lari dan tak minat saya, tapi apa yang berlaku saya lihat mereka masih okay, peminat masih menggedik dengan saya.
"Tapi isteri sangat profesional, dia tahu yang peminat hanya minat sahaja. Yang pegang-pegang bila jumpa pun ada. Yang tahap mesej-mesej dah tiada lagi, kali terakhir dulu saja.
“Saya malas layan, anggap tiada apa pun yang serius," katanya.
Sementara, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu berkata, isterinya juga sudah bersedia berdepan kritikan netizen selepas berkahwin dengannya.
"Saya rasa isteri saya sudah bersedia dengan kritikan netizen apabila dia mengahwini saya seorang selebriti. Kritikan netizen pasti ada, sama ada kami yang menempah atau netizen tang cipta.
"Saya tidak kawal pun setiap perkongsian yang dia mahu naik dalam media sosial. Dia tahu apa yang saya okay dan tidak," ujarnya lagi.
BACA SINI: Peminat Fanatik Ugut Bunuh & Mahu Jadi Bini Kedua Aiman Rupanya Seorang Gadis OKU – “Alhamdulilah...