Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Yang Penting Dia Bagi Salam" - Peminat Gila Minta Gambar Buah Dada Fatin Afeefa

Amri Hassan 23/07/2019 | 00:41 MYT
Pelakon yang kini bergelar penyanyi Fatin Afeefa mendedahkan dia menerima kiriman mesej daripada individu tidak dikenali yang meminta dia menghantarkan foto lucah.
Bagaimanapun, lebih melucukan apabila pengirim terbabit terlebih dahulu memberikan salam sebelum menyampaikan hajatnya.
"What the h*ll. Yang penting, dia bagi salam. Itu yang penting," tulisnya menrusi akaun Twitternya baru-baru ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, dedah Fatin dia kerap menerima foto lucah daripada individu tidak dikenali namun enggan berkongsi kepada khalayak kerana dirasakan tidak manis.
Sementara itu, netizen mula membuat pelbagai andaian ekoran pendedahan Fatin di media sosial itu.
Ada yang menyifatkan tindakan memberi salam sebelum meminta foto lucah adalah melucukan.
"Minta nudes patuh syariah," tulis @tarmiz4.
"Kenapa polite sangat si pervert ni," tambah @awsqarny.
"Sempat bagi salam sebelum membuat dosa. Bahaya manusia," tulis @shukry_jalani pula.
"You should acknowledge his chivalry. It's nearly extincts nowadays," sahut @DaniTheGreat.
Terdahulu, Fatin terheret dengan kontroversi kononnya menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.
Namun Fatin enggan memanjangkan perkara terbabit dan memohon semua pihak menghormati privasinya.
Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shahz, pada 21 Disember 2013 dan bercerai talak satu pada 20 Mei 2017.
Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
#pelakon #Viral #Pelakon #Viral #Fatin Afeefa
;