“Yang Suka Drive Laju & Cucuk Kereta Dari Belakang…”- Khairul Aming Nasihat Pandu Berhati-Hati, Hanya Beri High Beam

Mya Amri
April 29, 2022 02:50 MYT
Personaliti media sosial, Khairul Aming menasihatkan mereka yang ingin pulang ke kampung halaman supaya memandu dengan berhati-hati.

Terutamanya yang suka memandu laju dengan cara ‘mencucuk’ kenderaan di hadapan sebagai isyarat supaya memasuki lorong lain bagi memberi laluan kepada mereka terlebih dahulu.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Twitternya, Aming mencadangkan kaedah yang lebih selamat iaitu hanya memberikan lampu tinggi (high beam) sahaja untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Kepada yang suka memandu laju dan cucuk kereta orang lain dari belakang, tolonglah blink high beam sahaja untuk mintak orang menukar lane.

“Tak perlu cucuk rapat dari belakang. Kalau kereta depan tetiba emergency break semua accident. safe trip everyone,” tulisnya.

kepada yang suka drive laju and cucuk kereta org lain dari belakang, tlg la blink high beam je utk mintak org tukar lane. tak perlu cucuk rapat dari belakang. kalau kereta depan tetiba emergency break semua accident. safe trip everyone

— Khairulaming (@khairulaming) April 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hantaran tersebut telah menerima lebih 15.6 ribu ulang kicau daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan Aming.

Difahamkan, ramai pengguna jalan raya sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung hari untuk menyambut hari raya.

Laporan lalu lintas juga menunjukkan beberapa kawasan sudah mulai sesak.

#Kereta #Khairul Aming #Balik kampung #Memandu #Raya 2022 #High Beam