#YangLegitYangLegend; Fesyen Artis Mana Paling Meletop?
Amri Hassan
22/04/2019 10:36 MYT
22/04/2019 10:36 MYT
Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019) sekali lagi menyaksikan perang fesyen dalam kalangan selebriti yang hadir.
Pelbagai busana diperagakan hasil sentuhan pereka tempatan mahu pun luar negara.
Apapun yang pasti, tema glamor dipatuhi oleh kebanyakan tetamu yang hadir tidak kira selebriti, tetamu dan peminat.
Semangat itu yang memeriahkan acara dan mewarnai tema AME2019 Yang Legit Yang Legend tahun ini.
Gempak berkesempatan menemubual beberapa selebriti yang hadir penuh mempesonakan di karpet merah AME2019 semalam.
Jom lihat rangkuman fesyen selebriti AME2019:
1. Dayang Nurfaizah
Hadir dalam busana kot dres hitam dengan sedikit sentuhan putih pada lapel kiri, Datuk Rizalman tidak pernah mengecewakan.
"Sebenarnya saya menggunakan khidmat Rizalman dan ini kali pertama saya menyarung sut dres. Ada klasik look sedikit, manakala gaya rambut mengadaptasi Studio 54 sekitar era 1970-an," katanya yang disolek Syed Faizal Syed Noh.
2. Ain Edruce
Ain Edruce mendapatkan khidmat Wanpa untuk dres nude hitam berlisu dengan godet fishtail.
Biarpun dres itu mirip dengan rekaan pereka fesyen antarabangsa, Ain masih mencuri tumpuan dengan ketika mengacarakan karpet merah AME2019.
"Keseluruhan look saya top to toe hari ini mendapat sentuhan daripada pasukan Wanpa," kata Ain yang turut menjadi muse koleksi raya pereka itu tahun ini.
3. Jihan Muse
Masih juga disamakan dengan pereka antarabangsa Tom Ford, gaun perak milik Ashraff Zainal yang disarung pengacara AME2019 itu masih menjadi tumpuan sepanjang pentas dibuka.
Jihan tampil penuh elegan dan selesa dalam persalinan itu sepanjang acara.
4. Syafiq Farhain
Rekaan lapel ala Dior Homme yang pernah dipakai pelakon Nicholas Hoult ketika Oscars baru-baru ini, sut hijau yang disarung bintang Big Stage itu menarik perhatian ramai.
Syafiq mendapat khidmat pereka fesyen Singapura, Jay Carlista.
"Fesyen saya nampak ala tradisional. Saya serahkan kepada pereka fesyen saya asalkan sedap mata memandang dan sesuai dengan saya," katanya.
5. Zizi Kirana
Shanell Harun dipertanggungjawabkan untuk mereka busana yang dipakai Zizi Kirana kali ini.
Bergemerlapan dalam rekaan sekuin berlisu cross body, Zizi masih kekal dengan imej tersendiri.
"Saya ikut elegan rock chic tetapi masih kekalkan identiti saya," katanya yang disolek Chikathedivas.