Yasin Perlu Rawatan Pakar Psikiatri Segera - Peguam
Awani
11/04/2022 21:51 MYT
11/04/2022 21:51 MYT
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.
Peguamnya, Yusmadi Yusoff berkata beliau sendiri telah bertemu Yasin, 47, pada Khamis lalu dan anak guamnya itu meminta supaya rawatan ke atas dirinya disegerakan.
Katanya, walaupun secara fizikal Yasin dilihat sihat dan mendapat penjagaan yang baik daripada pihak penjara, namun kesihatan mentalnya memerlukan pemerhatian pakar.
"Insya-Allah esok saya akan tulis surat secara rasmi kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh untuk memohon perhatian daripada pihak penjara.
"Tuan Majistret turut mengarahkan pihak yang menjaga Yasin memberi rawatan.
"Alhamdulillah, dia mendapat layanan yang baik di penjara dan saya rakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai penjara berkenaan.
"Pun begitu saya akan berusaha agar rawatan yang sepatutnya yang beliau dapat perlu dipercepatkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas Yusmadi, selain Yasin, ahli keluarga komposer lagu Mimpi Laila itu sendiri telah merujuk kepada beliau untuk memberi rekod-rekod rawatan Yasin.
"Ia termasuk rawatan dengan pakar di Hospital Pantai dan dia kami (pasukan peguam) dalam proses mendapatkan rekod rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali Hospital Canselor Tuanku Muhriz) yang beliau dimasukkan selama hampir lebih dua minggu pada 2009.
Sumber: Astro Awani