Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis bahawa, penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang berdepan kes dadah, masih ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan tahap kesihatan mentalnya.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin berkata demikian ketika prosiding kes berlangsung di hadapan Hakim, Nik Nasimah Nik Mohammad.
BACA: Kesihatan Mental Semakin Merosot, Yasin Diarah Rujuk Ke Hospital Bahagia
Menurutnya, pihak pendakwaan juga masih belum menerima laporan psikiatri pelantun lagu Mimpi Laila itu daripada pihak hospital.
"Ketika prosiding terdahulu, mahkamah menetapkan Khamis untuk keputusan laporan berkenaan, namun pihak pendakwaan dimaklumkan bahawa ia dalam proses untuk disiapkan.
"Susulan itu, saya memohon agar mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan kes berhubung perkara tersebut," katanya.
Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein yang mewakili penyanyi berusia 48 tahun itu mengesahkan, pihak pembelaan telah dimaklumkan mengenai perkara yang sama.
"Mengikut undang-undang, pihak hospital mempunyai masa maksimum dua bulan untuk menyediakan perincian tahap kesihatan Muhammad Yasin dan kami tidak membantah sekiranya tarikh lain ditetapkan untuk sebutan kes seterusnya," katanya.
Nik Nasimah kemudiannya menetapkan 6 Julai depan untuk sebutan kes bagi status kesihatan bapa kepada dua anak itu.
BACA: "Saya Peluk Dia Tinggal Tulang..." - Abang Bimbang Keadaan Kesihatan Yasin Sulaiman
Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Yasin bernasib baik apabila tidak berdepan peruntukan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.
Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi dituduh semula atas pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Sementara itu, bagi satu lagi pertuduhan, Muhammad Yasin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya kanabis yang diperoleh secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama kanun keseksaan yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.
BACA: Berat Badan Hilang 18KG Sejak Duduk Penjara, Yasin Sulaiman Menderita Sakit...
Muhammad Yasin turut didakwa atas satu lagi pertuduhan dan mengaku tidak bersalah iaitu memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, jam 11.05 malam pada tarikh sama.
Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.
Sumber: Sinar Harian
Izwan Isa
Thu Jun 22 2023
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.