Hiburan
Yasmin Ahmad Individu Terawal Cungkil Bakat Ashraf Sinclair, Netizen Korek Balik Iklan Kasut Gombak
Jika anda masih ingat, Petronas pernah menghasilkan iklan berjudul Kasut Gombak sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-41 sekitar 1998.
Iklan arahan Yasmin Ahmad itu merupakan naskhah terawal kemunculan Ashraf Sinclair ke dunia seni tempatan.
"Apa salahnya kasut saya buatan Gombak!" jerit Ashraf kepada Vanidah Imran dalam satu babak dalam iklan itu.
Iklan Pengumuman Perkhidmatan Awam (PSA) berdurasi 1 minit 30 saat itu memberikan peringatan kepada orang ramai untuk menghargai barang buatan Malaysia yang setanding dengan jenama antarabangsa.
Di laman sosial Twitter, netizen mula mencari dan berkongsi semula iklan terbabit yang ternyata meninggalkan kesan mendalam kepada orang ramai.
Did you know : One of Ashraf Sinclair's early appearances was in the 'Local Hero' Petronas commercial in 1998 aka known as 'Kasut Gombak'.
It was also one of arwah Yasmin Ahmad's earliest commercials before she ventured into film.
God bless their souls. pic.twitter.com/C0DkcGnqyR— ᴊᴏᴇ ʟᴇᴇ ?? (@klubbkiddkl) February 18, 2020
"Hakikatnya, dah dua orrang terlibat dalam iklan Kasut Gombak meninggal dunia," tulis @nazim_masnawi.
"Yes I remember this! Kasut Gombak! So sad to hear this news this morning. My teenagers years crush!" tambah @annahidayah.
"Aku akan ingat Ashraf Sinclair sebagai abang Kasut Gombak. He is everyone high school crush back then," akui @mr0511.
Bagi yang mungkin terlepas pandang juga, Ashraf merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1997.
Ashraf meninggal dunia pada awal pagi Selasa di Jakarta, Indonesia akibat serangan jantung.
Allahyarham meninggalkan isteri, Bunga Citra Lestari dan seorang anak, Noah Sinclair yang berusia 10 tahun.
Must-Watch Video