Hiburan
Yasmin Hani Tak Kisah Anak Jadi Duta Produk
Pelakon Yasmin Hani mengakui tidak kisah jika anaknya Noah Ismail ditawar menjadi produk atau berlakon komersil.
Menurut Yasmin, dia menganggap perkara tersebut sebagai rezeki anak-anaknya.
"Walaupun usia mereka masih terlalu muda untuk mencari wang sendiri, tapi itu kan rezeki?
"Saya tidak kisah jika anak saya terlibat dalam mana-mana iklan mahupun menjadi duta untuk sesebuah produk.
"Takkan saya mahu tolak rezeki yang telah diberikan kepada mereka kerana sesiapa yang mendapat tawaran seperti itu akan menerima juga.
"Meskipun anak-anak masih kecil, ia bukan halangan bagi saya untuk menyekat rezeki yang telah diberikan kerana duit yang diterima itu sebenarnya untuk kesenangan mereka juga nanti.
"Saya juga pernah berkecimpung dalam bidang pengiklanan sejak kecil jadi saya sangat faham dengan kerja tersebut," katanya kepada Astro Gempak.
Yasmin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran mesin laser Picoway, di Aloft, Kuala Lumpur, di sini Selasa.
Tambah Yasmin, anaknya kini telah dilantik menjadi duta produk untuk beberapa barangan bayi.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi