Laman Utama

Yassin Bangga Terlibat Dalam Majlis Tahlil Allahyarham Datuk Sudirman – “Tarikh 22022022 Datang Sekali Je Seumur Hidup…”

gempak
Fiza Kamarudin
22/02/2022
08:47 MYT
Sponsor Banner
Yassin Bangga Terlibat Dalam Majlis Tahlil Allahyarham Datuk Sudirman – “Tarikh 22022022 Datang Sekali Je Seumur Hidup…”
Pelakon dan pelawak Yassin Yahya akui berbangga menjadi sebahagian daripada yang terlibat dalam majlis tahlil Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad, pada Sabtu lalu.
Yassin berkata, dia turut berasa terharu apabila impian untuk bertemu waris Allahyarham, iaitu anak saudara kepada Sudirman, Razman Azrai Zainudin atau Atai.
Kata Yassin lagi, dia berharap agar majlis anjuran bersama Kelab Peminat Sudirman itu akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
“Impian saya untuk bertemu waris Allahyarham seperti Atai akhirnya tercapai. Saya seronok dapat berbual dan mengetahui banyak cerita mengenai Allahyarham Sudirman.
“Saya berbangga menjadi sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam majlis itu dan berharap ia akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
“Lagipun tarikh 22022022 ini hanya datang sekali sahaja dalam hidup saya dan Alhamdulillah saya ada sesuatu untuk dikenang,” katanya.
Mengulas mengenai terlibat sebagai penaja majlis tersebut Yassin berkata, ia merupakan hasil kerjasama semua pihak.
Katanya, apa yang dilakukan adalah sebagai tanda penghormatan dan salah satu cara untuk mengenang jasa Allahyarham.
“Yang sebenarnya, tajaan tersebut adalah kerjasama di antara kami semua. Bukan sahaja Yasstar Production, tetapi juga semua yang merealisasikan majlis itu.
“Nilai tajaan tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan jasa ditinggalkan Allahyarham kepada negara, kepada kita semua.
“Lagipun apa saya buat ini juga sebagai ingatan buat diri sendiri juga yang sedang menghabiskan sisa-sisa hidup. Kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu Yassin juga berharap agar cerita tentang penajaan tersebut tidak disalah ertikan.
“Bimbang juga jika orang kata saya riyak nanti. Tetapi apa pun saya berbalik semula kepada niat…Jika niat kita baik, Insya-Allah akan dipelihara Allah SWT.
“Saya hanya mahu Allahyarham sentiasa dikenang dan tidak dilupakan oleh generasi kita termasuk generasi baharu,” katanya.
Buat peminat Datuk Sudirman Haji Arshad, tarikh 22 Februari setiap tahun adalah detik paling memilukan apabila penghibur pujaan rakyat Malaysia ini dijemput pulang ke 'negeri abadi'.
Hari ini, genap 30 tahun pemergian Allahyarham Sudirman meninggalkan kita.
Sabtu lalu, Kelab Peminat Sudirman yang diterajui Ramlan Md Isa dengan kerjasama Yasstar Production milik Yassin Senario mengambil inisiatif menganjurkan majlis tahlil yang diadakan di Restoran Puteri Pencala, milik Datuk Habsah Hassan, penulis lirik terkenal yang juga sahabat baik Allahyarham.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live