HIBURAN
Yassin Senario Kongsi Pengalaman Menyedihkan Ditahan Di Lokap Arab Saudi - “Kali Pertama Saya Tidur Berdiri Sebab…”
Pelawak Yassin Senario berkongsi pengalaman dia terpaksa tidur dalam keadaan berdiri selama lapan hari sepanjang ditahan di sebuah lokap di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober tahun lalu.
Tidur berdiri
Dedah Yassin atau nama sebenarnya Yassin Yahya, keadaan lokap yang agak sesak memaksa dirinya berehat secara berdiri sebelum dibenarkan tidur di hadapan pintu tandas.
“Keadaan di lokap agak menyedihkan. Kali pertama saya tidur berdiri sebab lantai penuh. Saya akhirnya dapat juga tidur di depan pintu tandas.
‘Nampak kaki orang langkah saya dalam masa lapan hari,” katanya menerusi temu bual di YouTube.
Dipindahkan
Tambah pelawak berusia 47 tahun ini lagi, dia telah dipindahkan ke Pusat Pentadbiran Dan Pengusiran Warga Negara Asing pada 5 November tahun lalu selepas 10 hari ditahan di balai polis.
ARTIKEL BERKAITAN: Yassin Senario Buka Mulut Isu Ditahan Di Arab Saudi, Kes Bukan Libatkan Dadah - “Kastam Nampak Sesuatu & Arahkan…
ARTIKEL BERKAITAN: "Bukan Menghilang, Saya Bercuti" - Yassin Senario Muncul Dalam Live TikTok, Balik Sebelum Aidiladha
ARTIKEL BERKAITAN: Saiful Apek Tak Sabar Tunggu Kepulangan Yassin, Mahu Segala Spekulasi Berakhir - “Lebih Afdal Sekiranya Tuan Badan Sendiri Yang Bercerita”
ARTIKEL BERKAITAN: "Dengarnya Dah Hafal 20 Juzuk Al-Quran, Berat Badan Bertambah" - Saiful Apek Update Perkembangan Semasa Yassin, Bakal Pulang Sebelum Aidilfitri
Katanya, ketika itu, hanya panggilan daripada pihak konsulat Malaysia menjadi penyambung harapan untuk terus bertahan.
“Pihak konsulat pun sukar nak tembus. Alhamdulillah, mereka akhirnya dapat bercakap dengan saya.
“Kali pertama saya dapat tinggalkan voice note kepada isteri. Atas bantuan pihak konsulat juga, saya diberikan bercakap dengan isteri, namun talian terputus-putus,” ujarnya.
Dibicara secara atas talian
Dalam pada itu, Yassin memberitahu dia dibicarakan secara atas talian pada 19 November dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara atas kesalahan membawa barangan bercetak lambang larangan.
“Saya melalui perbicaraan di mahkamah secara talian. Saya jelaskan kejadian berlaku, saya bukannya penyeludup (smuggler), tetapi saya dijatuhkan hukuman selama enam bulan.
“Saya akur kesalahan. Saya beritahu isteri, ini kesalahan saya bawa barang ada lambang larangan, mungkin saya terlepas pandang. Apapun, saya anggap ini musibah dan perjalanan hidup saya,” luahnya.
Peringatan besar
Ahli kumpulan Senario ini turut menganggap pengalaman tersebut menjadi peringatan besar buat dirinya dan masyarakat agar lebih berhati-hati apabila ke luar negara.
“Ini satu pengajaran. Saya nak pesan kalau pergi negara orang, berhati-hatilah. Jangan bawa barang ada lambang larangan.
“Saya tidak mengikuti kursus umrah, jadi saya tidak tahu, tapi inilah akibatnya pergi tanpa ilmu,” dedahnya.
Terdahulu, Yassin tiba dari Jeddah minggu lalu selepas dibebaskan dari pusat tahanan warga asing.
Must-Watch Video