Yatt Hamzah Hamil ‘3rd Trimester’, Masih Menyusu Anak Usia 11 Bulan Ketika Umrah

Syafiqah Jalal
Disember 15, 2017 02:31 MYT
Pelakon Yatt Hamzah akui dia sedang hamil dan kandungannya sudah memasuki trimester ketiga.
Yatt yang kini berada di tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah Umrah memberitahu dia melalui cabaran besar kerana dalam masa yang sama masih menyusukan anaknya yang baru berusia 11 bulan.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Yatt memberitahu ia bukan perkara yang mudah bila dibayangkan tetapi dia bersyukur apabila semuanya berada dalam keadaan baik bila di tanah suci.
Yatt memberitahu semua itu dipermudahkan oleh Allah dan dia telah dibantu ramai jemaah untuk mengangkat barang dan sebagainya.
Pesan Yatt kepada ibu-ibu yang sama situasi dengannya jangan bimbang untuk mengerjakan Umrah kerana dia percaya doa wanita hamil senang dimakbulkan.
Yatt dan suami, Mohd Zulfadli serta anaknya berada di tanah suci sejak 11 Disember lalu.
Ia perkahwinan kedua Yatt dan mereka disatukan pada 27 Februari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang bayi berusia 11 bulan yang diberi nama Suci Humaira Iqlima.
Yatt mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu iaitu Suci Hanania Malika, 7.
#Yatt Hamzah #Mengandung #Umrah #Menyusu Badan