Yatt Hamzah Terpaksa Bersalin Awal, Air Ketuban Kurang - "Pagi Ini Terpaksa Masuk 'Induction' ..."
Zulaikha Yusof
02/07/2021 02:12 MYT
02/07/2021 02:12 MYT
Pelakon Yatt Hamzah mendedahkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan air ketuban kandungannya berkurang secara tiba-tiba.
Menurut Yatt, 41, dia sepatutnya melahirkan anak kelima pada 23 Julai namun terpaksa bersalin awal demi keselamatan bayi yang dikandungnya.
"Bismillahirrahmanirrahim. Dengan rendah hati di pagi Jumaat yang mulia ini, saya mohon selitkan doa buat saya dalam Tahajjud dan Munajat kalian.
"Bonda ini yang sepatutnya bersalin pada 23 Julai 2021 terpaksa dikejarkan ke hospital lebih awal untuk bersalin awal kerana air ketuban tiba-tiba berkurangan. Pagi ini terpaksa masuk induction," katanya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pemilik nama Haryati Hamzah ini memohon agar mendoakan urusan dia bersama anak yang akan dilahirkan dipermudahkan Allah.
"Ya Allah, permudahkan urusan ku melahirkan kali ini. Selamatkanlah aku dan anak ku dan jadikanlah anak yang bakal lahir ini menjadi hambamu yang sihat dan sempurna tubuh badannya lagi soleh solehah. Amin.
"Saya mohon maaf kepada semua jika pernah menyakiti sesiapa sahaja sama ada secara sengaja atau tidak. Mohon doakan Bonda ini dan Anakanda ya," tulisnya lagi.
Sebelum ini, menerusi laporan Gempak pada 15 September tahun lalu, Yatt berkongsi berita sedih apabila mengalami keguguran selepas keracunan makanan.
BACA: Yatt Hamzah Alami Keguguran Selepas ...
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hafya Medina, 3, serta Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Pengacara ini juga mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.