Gaya Hidup

"Yaya Tu Dah Kenapa Jantan?" - Lawak! Video Parodi BoBoiBoy Movie 2 Ini Buat Ramai 'Pecah Perut'

gempak
Hanafis Haris
12/07/2019
10:07 MYT
Sponsor Banner
"Yaya Tu Dah Kenapa Jantan?" - Lawak! Video Parodi BoBoiBoy Movie 2 Ini Buat Ramai 'Pecah Perut'
Trailer penuh bagi filem BoBoiBoy Movie 2 telah pun dilancarkan sebulan yang lalu dah sehingga kini ia telah menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet.
Sehingga artikel ini ditulis, video trailer berkenaan telah menerima sehingga 3.4 juta tontonan di YouTube.
Namun dalam banyak-banyak reaksi ini, parodi dari sekumpulan jejaka ini antara yang paling mencuit hati.
Video terbabit mula mendapat perhatian apabila ia dikongsi oleh penyampai radio Era, Ray di laman Instagramnya.
Menurut Ray, dia juga antara individu yang meminati BoBoiBoy dan video parody berkenaan berjaya membuatkannya 'pecah perut'.
"Korang tahu tak yang Ray ni peminat setia BoBoiboy? Pagi tadi dekat Johara pon cakap pasal BoBoiboy.
"Ray dengan BoBoiboy ni memang tak dapat dipisahkan, ini pulak ada orang kongsi dengan Ray video parodi BoBoiBoy Movie 2 kelakar jom layan," katanya.
Sehingga kini video berkenaan telah menerima lebih 10,000 tontonan di Instagram Ray.
Malah ia juga menerima jumlah tontonan yang hampir sama di Instagram Astro Shaw selepas mula dimuat naik semalam.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memuji hasil parodi bajet tersebut.
Kebanyakkan mereka menganggap penghasilan video berkenaan kreatif dan kelakar.
Anda boleh lihat reaksi mereka di ruang komen Instagram Ray di bawah:
A post shared by Shah Reza Mohd Shah (@raydapdap) on
Untuk pengetahuan anda, BoBoiBoy Movie 2 akan mula ditayangkan pada 8 Ogos 2019 ini.
Filem sekuel ini juga akan menjadi animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.
Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.
BACA: Cipta Sejarah! “BoBoiBoy Movie 2” Jadi Filem Animasi Pertama Ditayangkan Serentak Di 5 Negara
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024