Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Yaya Zahir Sah Hamil 6 Bulan, Kongsi Pengalaman Ngidam Benda Aneh; “Saya Pergi Korea Sebab Nak Makan Di…”

Shahrin Zulkifle
21/01/2023 01:00 MYT

Pengacara Yaya Zahir mengesahkan dirinya kini hamil anak pertama dengan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.

Kongsi Yaya, tanda awal dilihat apabila pada suatu hari dia merasa tidak sihat selepas pulang dari New York atas urusan kerja pada Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun ketika dia menganggap masalah kesihatan itu merupakan simptom COVID-19, namun ia adalah sebaliknya apabila mendapati yang sebenarnya dia hamil selepas membuat ujian kehamilan.

“Pada bulan Ogos 2022 saya ada kerja di New York, waktu disana Daiyan Trisha tegur saya kenapa makan banyak sangat, tapi saya macam anggap itu bukan benda pelik sebab saya memang kuat makan.

“Kemudian sehari selepas balik New York saya macam nak demam, saya fikir simptom COVID sebab baru balik travel jauh kan. Malam hari itu badan saya menggigil.

“Keesokan paginya saya ada shooting, tapi sebelum pergi kerja saya tergerak hati nak ambil pregnancy test, walhal tak terfikir apa pun ketika itu. Sekali check saya betul pregnant, Alhamdulillah sekarang dah masuk usia enam bulan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, Yaya berkongsi mengenai berita kehamilanya menerusi satu hantaran video di laman Instagram pada Jumaat.

A post shared by Yaya (@yayazahir)

Sementara itu ditanya adakah dirinya mengalami masalah morning sickness atau sindrom mengidam sesuatu yang aneh, Yaya menjelaskan dia telah terbang ke Korea Selatan gara-gara mengidam untuk makan di sebuah restoran yang terletak di daerah Myeongdong.

“Yang paling aneh saya pergi Korea semata-semata sebab mengidam nak makan dekat sebuah restoran yang saya minat sangat di daerah Myeongdong

“Bulan November saya pergi dengan kawan rapat saya iaitu Adriana. Beli tiket pun sangat urgent, tiga hari sebelum. Sebab craving sangat saya makan sampai enam kali dekat restoran itu.

“Morning sickness lain macam biasa, muntah-muntah, pening dan penat macam kebanyakkan orang mengandung,” tambahnya.

Untuk info, Yaya telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan iaitu Arriz Azim pada Ogos 2019.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Hamil #Mengandung #Korea Selatan #Yaya Zahir
;