,
Hiburan

Yazmin Aziz Mahu Lebih Fokus Kepada Karier Nyanyian, Enggan Fikir Soal Cinta

Asyraf Roslan
24/10/2024
11:55 MYT
Enggan terlalu memikirkan soal cinta, penyanyi, Yazmin Aziz kini mahu lebih fokus kepada karier nyanyiannya.
Menurut pelantun lagu Bosan ini, selepas tamat pengajian dia kini sedang sibuk menghasilkan beberapa buah lagu dan hanya tunggu masa untuk dilancarkan.
“Selepas graduate saya mahu lebih fokus dalam karier muzik saya.
“Saya sedang menulis dan menghasilkan lagu baharu, saya rasa lima buah lagu sudah siap hanya tunggu untuk dilancarkan sahaja,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam perkongsian bersama Gempak, Yazmin turut menyatakan bahawa lagu yang dirakam kali ini mempunyai beberapa bahasa antaranya bahasa Melayu, Inggeris dan Tagalog.
Pada masa sama,pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz,23,juga menyatakan bahawa selain merakamkan lagu single dia juga akan mempunyai lagu duet namun tidak mahu berkongsinya dahulu.
“There are collabs also so kena tunggu updates from my collab mates.
“Tunggulah bila dah siap and ready to announce,” ujarnya.
Bekas peserta Big Stage ini juga menyatakan rasa syukur kerana banyak perkara yang dia boleh fokus selepas tamat pengajian antaranya adalah menerima undangan untuk membuat persembahan, menjadi pengacara dan juga mendapat kolaborasi bersama jenama terkenal antarabangsa.
Terdahulu, Yazmin menjawab dakwaan netizen yang menyatakan dia sering bertukar pasangan kerana suka berkongsi hantaran bersama lelaki-lelaki kacak.
Untuk rekod, Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas bintang bola sepak kelab Kelantan FC dan juga atlet bola keranjang Hong Kong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Jauhi Chinggey, Takut Jatuh Cinta” - Jojo Ghazali

gempak
24/10/2024
09:30 MYT
Jaguh Muay Thai Negara, Jojo Ghazali mempunyai cara tertentu untuk terus kekal berada di puncak prestasi.
Hiburan

Berkongsi Gambar Lelaki Di Media Sosial, Yazmin Aziz Nafi Sering Bertukar Pasangan - “Saya Ramai Kawan Di Merata Dunia”

gempak
23/10/2024
06:55 MYT
Menurut Yazmin, tidak semua kawan lelaki yang dikongsikan menerusi hantaran di sosial medianya itu adalah teman istimewanya.
Hiburan

Ameera Khan Lebih Memilih Lelaki Indonesia, Hati Cair Bila Dipanggil ‘Cinta’ - “Kalau Malaysia, Dari Pengalaman Saya, Bila Mereka…”

gempak
21/10/2024
04:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Ameera Khan atau Little Miss Khan (LMK) mengakui dia masih belum mempunyai hubungan cinta yang serius memandangkan dirinya baru berusia 23 tahun.
Hiburan

Ingatkan Bergaduh! Rupanya Bruno Mars & Rosé Buat Gimik Untuk Lagu Baharu

gempak
18/10/2024
11:25 MYT
Baru empat jam dilancarkan, lagu tersebut sudah distirm lebih empat juta di laman Youtube.
Hiburan

“Untuk Usia Macam Saya Ni..." - Tyzo Tak Pernah Nak Permainkan Hati Lydia Rosli, Tahu Perasaan Tersakiti Masa Bercinta

gempak
24/09/2024
01:10 MYT
Penyampai radio, Tyzo menyatakan dirinya tidak pernah berniat untuk mempermainkan hati usahawan popular, Lydia Rosli.
BorakSeeni