Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Yazmin Aziz Mahu Lebih Fokus Kepada Karier Nyanyian, Enggan Fikir Soal Cinta

Asyraf Roslan
24/10/2024 11:55 MYT
Enggan terlalu memikirkan soal cinta, penyanyi, Yazmin Aziz kini mahu lebih fokus kepada karier nyanyiannya.

Menurut pelantun lagu Bosan ini, selepas tamat pengajian dia kini sedang sibuk menghasilkan beberapa buah lagu dan hanya tunggu masa untuk dilancarkan.

“Selepas graduate saya mahu lebih fokus dalam karier muzik saya.

“Saya sedang menulis dan menghasilkan lagu baharu, saya rasa lima buah lagu sudah siap hanya tunggu untuk dilancarkan sahaja,” katanya ketika dihubungi Gempak.


Dalam perkongsian bersama Gempak, Yazmin turut menyatakan bahawa lagu yang dirakam kali ini mempunyai beberapa bahasa antaranya bahasa Melayu, Inggeris dan Tagalog.

Pada masa sama,pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz,23,juga menyatakan bahawa selain merakamkan lagu single dia juga akan mempunyai lagu duet namun tidak mahu berkongsinya dahulu.

“There are collabs also so kena tunggu updates from my collab mates.

“Tunggulah bila dah siap and ready to announce,” ujarnya.

Bekas peserta Big Stage ini juga menyatakan rasa syukur kerana banyak perkara yang dia boleh fokus selepas tamat pengajian antaranya adalah menerima undangan untuk membuat persembahan, menjadi pengacara dan juga mendapat kolaborasi bersama jenama terkenal antarabangsa.

Terdahulu, Yazmin menjawab dakwaan netizen yang menyatakan dia sering bertukar pasangan kerana suka berkongsi hantaran bersama lelaki-lelaki kacak.


Untuk rekod, Yazmin sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas bintang bola sepak kelab Kelantan FC dan juga atlet bola keranjang Hong Kong.

#Cinta #Yazmin Aziz #Lagu Baharu
;