Penyanyi popular, Mawi yang tampil dengan program sendiri berkonsepkan bual bicara dikenali sebagai Planet Mawi, tanpa disangka meraih sambutan memberangsangkan daripada penonton.

Akuinya, maklum balas positif diterima penonton adalah suatu yang amat bermakna buat dirinya yang baru mencuba pertama kali program sendiri yang menggunakan platform Facebook Live.

Penyampai radio Zayan ini juga menyatakan dia terharu dengan sokongan penonton selepas episod pertama yang disiarkan pada minggu lalu mencatat 'rating' sebanyak 11,321 tontonan.

Menariknya, episod kedua pula yang disiarkan pada Jumaat lalu memberi kejutan dengan rekod 16,369 tontonan.

Dalam episod kali ini, program yang dihoskan Mawi sendiri bersama rakan penyampainya, Anas Tahir menjemput penyanyi Najwa Latif bersama pemain bolasepak terkenal, Safee Sali ke studio.

Mawi mengakui gandingan tetamu jemputan kali ini bersama Anas yang popular dengan gelaran YB (bermaksud Yang Beria) cukup menghiburkan.

Semalam punyer cerita.. Live FB Planet Mawi memang terbaik.. Banyak unsur2 ilmiah dunia akhirat.. Terima kasih @cahayaasmawi sbb sudi jemput sya.. Hashtag perrrrgiiiiiiii ????? #ssten #supersafee #theonlyone #ssfamily #2018 #keepcalm #keepfight #keepsmile #enjoyinglife #mawiworld #Peregiii

A post shared by 5afee (@5afee) on


"Sama ada Safee mahupun Najwa, keduanya memang seronok bila bersembang dalam episod kali ini.

"Walaupun penonton komen YB dengan gaya poyo tapi dia memang 'killer' yang bagus," katanya kepada Astro Gempak.

Jelasnya, masih banyak kelemahan program ini yang boleh diperbaiki sebaik membuat 'post-mortem' selepas setiap episod berakhir.

"Saya percaya penonton suka dengan konsep program ini yang santai, sempoi dan tidak merepek.

"Sebagai contoh dalam episod kedua ini, kami berkongsi cara sembelih haiwan seperti Aidiladha yang semakin hampir dan tidak sangka, ramai yang suka menontonnya," katanya.



Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @5afee & Planet Mawi