Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“This Year Rasa Nak Raya Kat Oversea...”- Linda Rafar Akui Mahu Bawa Diri

Syafiqah Jalal
03/05/2019 07:05 MYT
Anggota kumpulan Elite, Linda Rafar akui mahu membawa diri ke luar negara pada Aidilfitri ini.

Linda menerusi akaun Instagram (IG) berseloroh bertanyakan sesiapa pengikutnya yang mahu bersama mengikutnya.

“Layan boys shopping raya... Tapi this year rasa nk raya kat oversea laa..bawa diri sape nk join?” Tulisnya.

Kapsyen tersebut dikongsi Linda bersama anak-anaknya yang sedang membeli belah untuk membuat persiapan raya.

Rata-rata pengikutnya turut memberi pelbagai respon termasuk akui mempunyai rasa yang sama dan mahu beraya di luar negara.

Linda baru sahaja kehilangan ibunya awal tahun ini selepas pelbagai kontroversi melibatkannya dengan jururawat di sebuah hospital kerajaan.

Layan boys shopping raya? Tapi this year rasa nk raya kat oversea laa..bawa diri ? sape nk join???

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

#Penyanyi #Penyanyi #Linda Rafar #Raya #Ibu #Elite
;