Pelakon Rozita Che Wan menasihatkan supaya semua pihak mematuhi arahan kerajaan untuk mengawal pergerakan serta kuarantin di rumah selama tempoh 14 hari.

Menurut pelakon yang lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini, dia lebih suka meluangkan masa bersama suaminya, Zain Saidin di rumah.

”Yeay duduk qumah boleh tidoq peluk laki lama-lama.

“Kami semua please stay at home!

“Satu jer nak pesan, elak terkena jangkitan Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah..” tulisnya.

Che Ta berkonvsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto sedang memeluk Zain.

Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013. Melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan puteri diberi nama, Aaisyah Dhia Rana.

Dalam perkahwinan lalu, Che Ta mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

Yeay duduk qumah boleh tidoq peluk laki lama2 ? . . UOLS PLS STAY AT HOME ! . Satu jer nak pesan, _"Elak terkena jangkitan Corona Virus ni sekarang. Sebab kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, Hospital dah penuh. Tak ada tempat dah untuk kita. So, berhati hatilah...."_

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on