"Yeay! Mommy Dah Ada Kawan!" - Fad Bocey Sambut Kehadiran Baby Girl

Kamaruddin Razal
November 19, 2017 06:54 MYT
Pelawak Fad Bocey menerima kehadiran cahaya mata perempuan selepas isterinya, Nur Syahirah Abdul Rahman selamat bersalin pagi tadi.
Fad mengumumkan berita gembira itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @fadbocey.
"Bismillahirahmanirrohim. Syukur alhamdulillah pada tanggal 19 November, hari Ahad yang bahagia ini, tepat jam 6.57 pagi kami selamat menyambut puteri kami.
"Yeay, mommy dah ada kawan! Terima kasih mommy, love u so much @syaheeraarahman," tulis Fad.
Kelahiran cahaya mata perempuan melengkapkan lagi keluarga mereka selepas isterinya melahirkan anak lelaki kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan pada 11 Disember 2015.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
#Pelawak #Fad Bocey