Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pastinya figura terkenal Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ditunggu-tunggu netizen.

Seperti sudah menjadi satu tradisi, tahun ini apa yang paling dinantikan adalah warna baju melayu yang bakal dipakai oleh beliau.

Lebih mengujakan lagi, netizen juga siap sedia menantikan pengumuman beliau di hadapan kaca televisyen.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga meluahkan rasa gembira apabila mereka berjaya meneka warna baju yang dipakai beliau tahun ini antaranya:

“Alhamdulillah, selamat berpuasa, betul tekaan aku baju warna purple!”

“Hahahah! Weh! Betul aku teka! Warna purple, cantik! Buat baju raya pun onz ni,”

“Yes! Betul kita teka! Setiap tahun memang teruja nak tengok pengumuman ni heheh,”

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Untuk info, Tan Sri Syed Danial bertanggungjawab mengumumkan tarikh puasa dan juga hari raya menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.