Filem animasi terkenal negara, Didi & Friends The Movie berjaya meraih kutipan RM5 juta dalam masa kurang 10 hari tayangan.
Didi & Friends The Movie itu mendapat sambutan positif sejak ia ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia pada 23 Februari lalu.
Malah menerusi respon penonton, rata-rata setuju filem itu bukan sahaja hanya menarik minat anak kecil malah orang dewasa juga.
“Sumpah aku kata animation Malaysia sekarang macam setaraf dengan animation international,” puji salah seorang pengikut laman sosial
“Tak sangka ingatkan Didi tahu tayar bas berpusing-pusing je,” komen salah seorang warga maya.
“Yes aku salah seorang yang akan pergi tengok walaupun umur dah 22 tahun,” kata salah seorang netizen.
Menariknya filem animasi yang berdurasi filem 104 minit itu penonton bukan hanya dihidangkan dengan lagu-lagu menarik, namun buat julung kali animasi ini menampilkan pengembaraan aksi penuh hiburan dengan watak utamanya, Didi, Nana dan Jojo.
Lebih menarik, filem terbitan Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ini turut memperkenalkan watak-watak baru seperti Torra, Nek Kura, Kapten Zee, Tok Chip.
Bintang terkenal tanah air telah menyumbangkan suara bagi mengerakkan watak tersebut, seperti Dato’ Awie (Tok Chip), Amelia Henderson (Kapten Zee),Ruminah Sidek (Nek Kura) dan Waris (Torra).
Penyanyi popular, Hael Husaini turut membuat penampilan istimewa yang mempertaruhkan suaranya untuk watak Pak Beruang dan menyanyikan lagu tema utama filem bertajuk ‘Luar Biasa’.
Kisah Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan- rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit.
Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra.
Dapatkan tiket dan saksikan filem animasi genre animasi, pengembaraan, muzikal ini di pawagam- pawagam berhampiran hari ini!
Syafiqah Jalal
Mon Mar 06 2023


#BIGSTAGE5: Tiga Kali Bottom Three, Meer Nash Akur Tersingkir! Semak Markah Penuh Semua Peserta
Semoga maju jaya di luar sana Meer Nash!

“Saya Bukan Doktor, Saya Hanyalah Pelakon” - Mario Maurer Nasihatkan Peminat Yang…
Eh peminat tanya apa tu?

#BIGSTAGE5: Hari Jiwa Galau! Ini Senarai Lagu Minggu Keempat, Semoga Hati Kuat
Malam galau minggu keempat.

Tiket Licin 48 Jam, Konsert D'Masiv Tambah Satu Malam Lagi! - "Giring Pula Diundang Sebagai ..."
Wow! Peluang koranglah ni.

Penyanyi Lagu 'I Don't Care' Rendy Pandugo Datang KL 10 Jun Ini - "Ini Kesempatan Besar, Tak Mungkin ..."
Rendy Pandugo dijadualkan akan menghiburkan peminatnya pada 10 Jun 2023 di Gudang Space @ The Paddock, Petaling Jaya, Selangor

“Kuatkan Diri Walaupun Tidak Boleh Berjalan…” - Tiada Niat Rahsiakan Pertunangan, Ubai Lebih Utamakan Kesihatan Ibu
Doakan semoga ibu Ubai kembali sihat. Amin.

“Kerana Tanggungjawab Sebagai Seorang Ibu, Saya…” - Linda Rafar Kembali Aktif, Kini Muncul Dengan Sujud
Bagi ibu anak tetap nombor satu.

“Lagu Ini Buat Ibu Dan Nenek, Mereka Kekuatan Saya” - Adam Shamil Muncul Dengan Bantu
Tahniah Adam.

"Sakit Hati Sebab Saya Pernah Alami..." - Fazura Terkesan Insiden Family Dihalau Keluar Pesawat Sebab Anak Menangis
Siapa tak sakit hati?
![[VIDEO] Rumah Tempat Saya Membesar... - Issey Sebak, Rumah Arwah Ibu Hangus Terbakar! [VIDEO] Rumah Tempat Saya Membesar... - Issey Sebak, Rumah Arwah Ibu Hangus Terbakar!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/sekadar-gambar-hiasan-2023-05-28t090647-254.png?ext=.png)
[VIDEO] "Rumah Tempat Saya Membesar..." - Issey Sebak, Rumah Arwah Ibu Hangus Terbakar!
Allahuakbar!