Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman bersyukur dikurniakan rezeki hamil anak kedua.

Niena memaklumkan berita gembira itu menerusi dua posting terbaru di akaun Instagram bersempena dengan hari jadi suami kesayangannya.

Menurut Niena, dia tidak menyangka hasrat untuk menimang cahaya mata dimakbulkan Tuhan dalam masa terdekat.

“Kami percaya segalanya telah diaturkan Allah S.W.T. Kami mengharungi susah payah kehidupan bersama. Kami bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

“Dulu… Bila nak kahwin? Lepas kahwin, ditanya pula bila nak dapat anak. Bila dah dapat, tanya pula nombor dua.

“Itu lah lumrah manusia. Bila nampak orang tu dapat dengan mudah, mula tambah pulak asam garam. ‘amboi lajunya atau kenapa dekat sangat’ cili nak?

“Yes! Kami merancang dekat-dekat, memandangkan umur dan faktor-faktor lain. Kami cuba tapi rezeki di tangan Allah. Alhamdullilah tambah satu lagi generasi kami #baby2020,” coretnya.

We believe in everything, there is a plan of Allah.. We struggle to live, we made it together..we are grateful for all that given.. Tq Allah for introducing people who help reinforce this change.. its not easy ❤️ . . Dlu.. Bila nk kahwin? Lps kahwin, ditanya pulak bila nk dpt anak.. bila dh dpt, tanya plak no.2 ??? itu lah lumrah manusia.. bila nmpk org tu dpt dgn mudah.. mula tambah pulak asam garam.. ‘amboi laju nye.. or knp dekat sgt’ cili nk? ? (Mak-mak dlu la klu anak dara diorg bnyk songeh) ??? Yes! We are planning dekat2, memandangkan umur dan faktor2 lain.. we try, tp rezeki di tangan Allah.. Alhamdullilah tambah satu lg generasi kami ❤️ #baby2020

A post shared by Niena ? (Nur Izwani + Dekno) (@niena_azmann) on


Dalam pada itu, Niena juga turut melakarkan coretan istimewa khas buat Rody.

“Selamat hari jadi En. Mi. Saya mahu ucapkan yang terbaik buat awak tetapi awak sudah pun memiliki saya. Haha so tak apa perlulah.

“Tapi sebenarnya saya yang bertuah kerana memiliki awak dalam hidup saya. Takt ahu macam mana nak gambarkan hidup saya sekarang.

“Rasanya saya mempunyai senyuman paling manis di dunia kerana disebabkan awak. Alhamdulillah, Julai depan kita akan menerima keluarga baru dalam hidup.

“Semoga awak berjaya dan dimurahkan rezeki jadi saya boleh berehat dan membeli-belah, eh! Di usia 34 ni jangan-janganlah nakal okay.

“Kalau tak nak rasa bola tu sampai dekat gitar-gitar awak atau saya hantar Adith je, sejak akhir-akhir ni abang-abang betul dia. Moga kita sampai ke Jannah ya,” tulisnya.

Happy Birthday En.Mi ❤️ I wanted to wish you the very best, but you already have me! Haha.. so no need ?? but the truth things, im the lucky one to have you in my life.. tak tau mcm ne nk gambarkan hidup i skrg mcm ne ☺️ i think i have the beautiful smile in the world cause i have u.. alhamdullilah.. this coming Julai, kte akan terima family members baru.. so let’s work hard lg ?? moga u berjaya dan dimurahkan,so i boleh relax and shopping..eh! ??? Di usia 34 ni, jgn2 la noty ok.. klu xnk rasa bola tu smpai kt gitar-gitar u.. or i hantar Adith je, sejak akhir2 ni.. abg2 btol die ? moga kte till jannah ya???

A post shared by Niena ? (Nur Izwani + Dekno) (@niena_azmann) on


Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018.

Niena selamat melahirkan putera sulung, Adithya Jabbar secara normal, jam 9:34 malam pada 14 Januari 2019.