Berita baik! Yayasan YTL telah mengumumkan lanjutan program telefon dan data percuma untuk anak-anak daripada keluarga B40 yang masih bersekolah di bawah inisiatif Learn-From-Home sehingga 30 September 2021.

Langkah ini bertepatan dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia pada 26 April mengenai transisi sekolah-sekolah kebangsaan ke model pengajaran dan pembelajaran atas talian selama dua minggu selepas sambutan Hari Raya.

Pengarah Program Yayasan YTL Dato’ Kathleen Chew berkata, Yayasan YTL sedang menjalinkan kerjasama dengan pembekal telekomunikasi YES dan platform pembelajaran atas talian FrogAsia untuk membolehkan keluarga B40 di seluruh negara mengakses inisiatif Learn-From-Home.

Kad SIM ini bukan sahaja membekalkan data percuma untuk membolehkan para penerima terus berhubung dengan sekolah mereka, bahkan juga membolehkan mereka memiliki akses penuh ke kandungan pelajaran percuma Yayasan YTL.

Menerusi kandungan yang dibangunkan FrogAsia menawarkan kaedah pembelajaran yang unik bagi mengoptimumkan pembelajaran.

Meningkatkan tahap pengetahuan, kuiz secara interaktif turut disediakan kepada pelajar.

Malahan melalui inisiatif FrogAsia ini juga para pelajar dapat mengakses pelajaran secara mudah di mana-mana dan bila-bila sahaja.

Kandungan yang dibangunkan ini turut merangkumi empat silibus utama iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, matematik dan sains untuk pelajar dari sekolah darjah satu hingga tingkatan lima.

Bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir terutama dari golongan B40, YTL Foundation dan YES komited dalam memastikan tiada golongan yang tercicir dalam sistem pendidikan.

YTL membuka peluang kepada semua keluarga B40 untuk memiliki telefon bimbit dan data secara percuma di pautan www.ytlfoundation.org/learnfromhome

Terdahulu, sebanyak 450,00 sim kad telahpun diagihkan kepada para pelajar dan 100,000 keluarga golongan B40 di seluruh negara.