Pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi sebuah rakaman video membawa anak perempuannya, Harum Dalia menaiki permainan 'roller coaster' di Instagram (IG) miliknya.

Menurut Ezzaty dia akui berasa gementar dan risau memandangkan ini merupakan pengalaman pertama untuk Harum.

"1st time bawak @harumdalia naik kid's roller coaster. Nervous jugak mula-mula tu sebab risau dia takut or menangis.

"Tapi dia sangat berani. Cuma terkejut kejap masa part laju sikit tu.

"Alhamdulillah Harum dah boleh geng dengan ibu lepas ni.

"Dulu pergi mana-mana theme park ibu selalu naik sorang-sorang sebab paklong dengan pakngah tak berani nak naik. Mummy qis @balqiaabdullah tu lagi lah penakut.

"Tunggu Harum besar sikit kita pergi buat sky diving sama-sama ye sayang. Dah berani dah tu," tulisnya.

Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini menjelaskan permainan 'roller coaster' yang dinaiki itu selamat untuk kanak-kanak.

"Yes, sebelum kena kecam, saya nak bagitahu awal-awal. Roller coaster ni sangat selamat untuk budak-budak.

"Ramai budak-budak lain yang naik. Cuma tadi yang paling kecik memang Harum lah," tulisnya lagi.

Ezzaty dan Azwan telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.

Pasangan ini menerima cahaya mata perempuan, Harum Dalia pada 6 Disember 2017.

1st time bawak @harumdalia naik kid’s roller coaster. Nervous jugak mula2 tu sebab risau dia takut or menangis. Tapi dia sgt berani. Cuma terkejut kejap masa part laju sikit tu. Alhamdulillah Harum dah boleh geng dengan ibu lepas ni. Dulu pegi mana2 theme park ibu selalu naik sorg2 sbb paklong dgn pakngah x berani nak naik. Mummy qis @balqisabdullah tu lagi lah penakut. Tunggu Harum besar sikit kite pegi buat sky diving sama2 ye syg. Dah berani dah tu. Yes, sebelum kena kecam, saya nak bgtau awal2. Roller coaster ni sgt selamat untuk budak2. Ramai budak2 lain yang naik. Cuma td yang paling kecik memang Harum lah. Psst : tq kat akak2 yang bagi saya cash tadi. Sempat transfer duit online kat funfair. Adoy bikin malu saja. Dtg funfair cash pulak x cukup. Lupa nak cash out before sampai tadi. Rezeki Harum amd @rayyanhareezameer nak naik roller coaster n buai laju2 pulak. Semua dorang nak naik.

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on