"Yes, Sebelum Kena Kecam Saya Nak Bagitahu Awal-Awal .." - Ezzaty Abdullah Bawa Anak Naik Roller Coaster

Zulaikha Yusof
April 11, 2019 04:59 MYT
Pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi sebuah rakaman video membawa anak perempuannya, Harum Dalia menaiki permainan 'roller coaster' di Instagram (IG) miliknya.
Menurut Ezzaty dia akui berasa gementar dan risau memandangkan ini merupakan pengalaman pertama untuk Harum.
"1st time bawak @harumdalia naik kid's roller coaster. Nervous jugak mula-mula tu sebab risau dia takut or menangis.
"Tapi dia sangat berani. Cuma terkejut kejap masa part laju sikit tu.
"Alhamdulillah Harum dah boleh geng dengan ibu lepas ni.
"Dulu pergi mana-mana theme park ibu selalu naik sorang-sorang sebab paklong dengan pakngah tak berani nak naik. Mummy qis @balqiaabdullah tu lagi lah penakut.
"Tunggu Harum besar sikit kita pergi buat sky diving sama-sama ye sayang. Dah berani dah tu," tulisnya.
Isteri kepada aktor Azwan Kombos ini menjelaskan permainan 'roller coaster' yang dinaiki itu selamat untuk kanak-kanak.
"Yes, sebelum kena kecam, saya nak bagitahu awal-awal. Roller coaster ni sangat selamat untuk budak-budak.
"Ramai budak-budak lain yang naik. Cuma tadi yang paling kecik memang Harum lah," tulisnya lagi.
Ezzaty dan Azwan telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2016.
Pasangan ini menerima cahaya mata perempuan, Harum Dalia pada 6 Disember 2017.
#Ezzaty Abdullah